Hari ini adalah detik penentuan bagi Donald Trump dan Joe Biden bagi menentukan siapa antara keduanya adalah Presiden baru ke 59 Amerika Syarikat bagi tempoh empat tahun akan datang.
Jika sebelum ini Donald Trump yang dahulunya merupakan seorang ahli perniagaan, sosialit, penulis dan personaliti televisyen terkenal dari Amerika Syarikat menjadi pilihan ramai kerana gaya hidup mewah dan begitu banggakan kekayaannya kerana beiau merupakan Pengerusi dan CEO Trump Organization, sebuah syarikat hartanah di Amerika Syarikat tapi nampaknya minat penduduk US seakan beralih.
Mungkinkah ini kali terakhir Trump menduduki kerusi Rumah Putih? Hanya masa menentukannya.
Buat masa ini (ketika berita ditulis), calon Demokrat Joe Biden pada Selasa malam mendahului pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mengatasi Presiden Donald Trump dalam persaingan tahun ini untuk menguasai Rumah Putih, pengundian masih berlangsung di banyak negeri, lapor Agensi Anadolu .
Biden menang di Connecticut, Delaware, Illinois, Maryland, Massachusetts, New Jersey, Rhode Island, Vermont dan Virginia, di negeri yang menyokong Demokrat, manakala Trump mendahului di negeri yang mendapat sokongan konservatif iaitu Alabama, Kentucky, Mississippi, Oklahoma, Carolina Selatan, Tennessee dan West Virginia, menurut The Associated Press.
Bekas naib presiden itu telah menambah 85 undi electoral berbanding 55 untuk Trump. Mana-mana calon perlu menang sekurang-kurangnya 270 undi electoral untuk memenangi Rumah Putih.
Pusat pengundian ditutup di lebih 20 negeri dan Washington pada 8 malam Waktu Timur (0100 GMT), termasuk negeri-negeri di Michigan, Pennsylvania dan Texas. Sumber : Bernama