Setiap remaja perempuan sudah tentu mempunyai impian untuk memiliki barangan berjenama, apatah lagi beg tangan yang menjadi simbolik gaya si gadis. Ada yang merasakan dengan memilikinya, ia boleh meningkatkan keyakinan di hadapan orang ramai.
Namun, bukan semua di antara kita dilahirkan dalam keluarga mewah dan mampu menggalas beg berharga ribuan Ringgit pada bahu.
ARTIKEL BERKAITAN: Risau Ditipu Peniaga Online, Ini 7 Cara Untuk Kenal Pasti Handbag Original Atau Fake
Apabila seorang remaja dari Singapura baru-baru ini dikritik segelintir netizen di TikTok setelah dia melabel jenama fesyen ‘Charles & Keith’ sebagai jenama mewah atau premium, ia terus menjadi isu tular di platform media sosial lain.
Remaja 17 tahun yang dikenali sebagai Zoe itu difahamkan terkesan dengan kritikan itu memandangkan beg Charles & Keith bernilai S$80 (kira-kira RM262) yang dimilikinya itu merupakan pemberian istimewa daripada bapanya.
@zohtaco Replying to @cressy ♬ original sound – zoe 🦋
Majoriti netizen mempertahankan Zoe dan beranggapan pengkritik di TikTok tidak seharusnya memukul rata definisi ‘mewah’. Masing-masing mempunyai interpretasi sendiri apa yang dianggapnya sebagai mewah.
Video yang dimuat naik pada 8 Januari lepas itu terus mendapat perhatian ibu pejabat Charles & Keith di Singapura and guess what? Zoe dan bapanya telah diundang untuk bertemu pengasas jenama berkenaan dalam satu sesi makan tengah hari.
Mereka turut dibawa menyertai tour di ibu pejabat mereka dan Zoe telah menerima dua beg baharu daripada Charles & Keith!
@zohtaco @CHARLES & KEITH #charleskeith #imwithcharleskeith ♬ thenineteenseventyfive – push baby
Terdahulu, Zoe sebak menjelaskan bahawa keluarganya bukanlah daripada golongan orang berada dan harus membanting tulang untuk mendapatkan sesuatu.
Disebabkan dia membesar dalam serba kekurangan, Zoe amat menghargai pemberiaan bapanya. Maka, sebuah beg tangan Charles & Keith berharga S$80 memberi makna yang mendalam kepadanya.
Video tersebut turut meraih perhatian ramai orang dan rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepadanya serta bersimpati kerana perlu berdepan dengan komen seperti itu
Zoe sangat berterima kasih kerana dijemput untuk datang berjumpa pengasas jenama itu dan dapat melawat ke pejabat HQ bagi melihat sendiri di sebalik tabir syarikat berkenaan.
Selain itu, dia juga menerima dua utas beg tangan baharu iaitu pemberian daripada pihak Charles & Keith sendiri.
“Pengasas kami percaya bahawa produk kami harus mencetuskan kegembiraan, memperkasakan pencinta fesyen dan memberi keyakinan kepada mereka, kami amat berterima kasih.” ujar pihak Charles & Keith. Mereka juga kagum dengan cara Zoe berdepan pengkritik negatif sebelum ini susulan video tular itu.
Wah, bertuah sungguh gadis ini kan?
BACA: Kerut Dahi Tengok Harga Beg Louis Vuitton Ni, Boleh Beli Kapal Terbang Betul!
Sumber: CNA LIFESTYLE, TikTok @zohtaco
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.