Jenama fesyen antarabangsa terkenal, Chanel baru sahaja mengumumkan pelantikan Charlotte Casiraghi sebagi duta dan jurucakap jenama tersebut. Anak kepada Caroline, Princess of Hanover tersebut dilihat cukup kerana latarbelakang keluarganya yang sememangnya dekat dengan sejarah jenama fesyen tersebut.
Sebelum pelantikan ini lagi, dia bukanlah wajah asing bagi jenama ini. Sejak kecil lagi dia sudah didedahkan kepada jenama tersebut sementelah ibunya merupakan sahabat baik, mendiang Karl Lagerfeld yang merupakan pengarah kreatif jenama tersebut sebelum ini.
Cucu kepada Princess Grace Kelly dan Prince Rainier III of Monaco ini ternyata mewarisi keayuan dan juga kecantikan mendiang nendanya yang merupakan seorang pelakon dan juga sosialit Hollywood sebelum menjadi sebahagian dari keluarga DiRaja Monaco.
Dalam satu temubual beliau berkata, “Ini adalah seolah-olah saya dilahirkan bersama Chanel. Saya terfikirkan gambar-gambar ibu saya dalam balutan busana Chanel yang diambil ketika dia mengandungkan saya yang mana foto tersebut dirakam sendiri oleh Karl Lagerfeld. Paling baru momen yang mana, busana perkahwinan yang saya sarungkan merupakan antara rekaan terakhir koleksi Haute Couture olehnya.”
Dalam peranan barunya ini, beliau akan menjadi bintang menghiasi kempen fesyen selain menumpukan kepada kerja kebajikan dan kemanusiaan menerusi jenama fesyen mewah ini. Beliau akan merasmikan program yang meraikan penulis-penulis wanita dan kempen tersebut akan dilakukan sepanjang tahun 2021.
Sumber: Town & Country
Terlampau Aktif Sukan, Air Kencing Boleh Jadi Warna Hitam. Baca Penjelasan Doktor Ini
Isi Kandungan
ToggleBila tengok tubuh orang kurus, langsing dan sado hasil workout di gym, mulalah kita berimpian yang sama. Berlatih berjam-jam di gym tak termasuk joging dan sebagainya.
Kawan-kawan pun mulai memuji, tubuh kita sudah kurus banyak. Makin semangatlah nak berlatih berjam-jam setiap hari tanpa sedar tubuh juga perlu berehat.
Pada yang obses terlampau nak bersukan, pendedahan doktor ini mungkin mengejutkan. Percaya tak, terlalu aktif bersukan mendedahkan kepada masalah air kencing bertukar kehitaman atau disebut hematuria.
Apa itu HEMATURIA? Bahaya apakah menanti bila air kencing bertukar kehitaman? Adakah ia satu penyakit serius yang mampu membawa maut jika tidak diubati? Atau ia satu petanda anda ada penyakit berbahaya?
Baca penjelasan dari Doktor Nurul Diyana Ab Mahat, yang cantik menawan ini.
Doktor cantik ini pernah bertugas di Hospital Selayang. Tetapi kini memilih sebagai “free lance” tanpa meninggalkan dunia perubatan. Masa yang sama, Doktor Diyana bersama keluarga memulakan bisnes kosmetik sendiri atas jenama DRX.
Kata Doktor Diyana, individu yang terlalu aktif bersukan lebih mudah terdedah kepada masalah hematuria. Semasa membuang air kecil, pada pandangan mata kasar ia berwarna hitam kemerahan tetapi sebenarnya ia adalah darah pekat.
Kehadiran darah di dalam air kencing dinamakan sebagai hematuria. Secara umumnya, hematuria ini terdapat dua jenis:-
“Jenis yang pertama ialah masalah di mana anda tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam kandungan air kencing dengan mata kasar. Ianya dapat dikesan hanya apabila dilihat menggunakan mikroskop. Hematuria jenis ini dipanggil sebagai microscopic hematuria.
“Jenis yang kedua pula ialah anda dapat melihat dengan jelas air kencing berwarna merah. Keadaan yang kedua ini pula dinamakan gross hematuria. Ini bermakna pada pandangan mata kasar, anda boleh melihat air kencing bersama dengan darah,” kata Doktor Diyana yang memaklumkan, adakalanya, selepas seseorang bersenam, hasil “breakdown” darah merah dan muscle berada di dalam pundi kencing. Dan ini memberi kesan gelap dan sering disangka darah oleh kebanyakan pesakit.
Apakah penyebabnya?
Ada banyak sebab terjadinya hematuria. Sesetengahnya tidaklah begitu serius. Bagi sesetengah orang, darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya dalam masa 72 jam.
“Kebanyakan senaman induces hematuria adalah kencing yang tidak mempunyai rasa sakit walaupun darah berada di dalam kencing
“Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.
Punca berlaku masalah ini?:
- Jangkitan pada saluran kencing :- Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita. Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki. Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.
- Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing, ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.
- Disebabkan aktiviti sukan :- Apabila kita bersenam, aktiviti penapisan kencing terganggu. Menyebabkan sel darah merah bercampur dengan air kencing kita.
- Pengambilan ubat-ubatan seperti pencair darah, aspirin dan lain-lain lagi
- Kanser dalam darah
Benarkah aktiviti sukan berlebihan mengakibatkan gejala ini?
Sukan memang baik tetapi ada hadnya. Badan bukan boleh dipergunakan sepenuhnya, perlu ada masa rehat dan sebagainya. kes hematuria ini biasanya pada atlet sukan, askar yang berkawat dan individu yang bersenam secara berlebih-lebihan. Contohnya atlet jarak jauh, orang yang sering angkat berat. ( diagnosis hematuria-induced exercise ini dilakukan setelah semua sebab di atas sudah diuji) ( diagnosis of exclusion ).
Apa kesan jika terjadi dan bagaimana tanganinya?
Kesan pertama ialah, akan berlaku trauma pada pundi kencing. Lebam dan pendarahan pada tempat kencing lalu menghasilkan hematuria.
Keduanya ialah dehidrasi juga boleh menyebabkan hematuria pada kencing.
Cara atasi masalah ini?
1. Minum air secukupnya sebelum bersenam
2. Jangan bersenam terlalu lama. Warm up harus dilakukan dahulu dan jangan paksa tubuh ke tahap terlalu maksimum. Anda harus tahu cara senaman yang terbaik untuk tubuh badan sendiri.
3. Intensif senaman juga harus dititik beratkan
Ketahui bentuk senaman dan sukan yang betul dan tidak memberikan kesan pada tubuh sendiri. Apa perlu dibuat?
Cara bersenam terbaik adalah sebelum bersenam, lebih baik membuang air kecil terlebih dahulu (20-30 minit sebelum) dan bukan 2 atau 3 minit sebelum bersenam kerana dikhuatiri jika pundi kencing anda kosong sebelum bersenam, trauma akan lebih senang terjadi pada pundi kencing.
Nak tahu lelaki atau perempuan lebih mudah hadapinya?
Kedua-duanya tetapi lebih cenderung kepada lelaki. Justeru itu, perlu fahami hematuria ini dengan lebih teliti. Jika anda alami hematuria-exercise induced, masalah ini biasanya akan hilang selepas 72 jam.
Jika masih terdapat darah, dapatkan rawatan susulan kerana perlu tahu jika ada penyakit lebih serius berlaku pada tubuh.
Bunga Telur, Tepak Sirih & Bunga Mas Antara Inspirasi Kostum Nasional Miss International Malaysia 2023
Setiap kali menyaksikan pertandingan ratu cantik, segmen kostum nasional antara segmen yang dinantikan. Bukan sekadar persembahan, segmen ini jadi medan untuk memperkenalkan budaya dan juga kekayaan seni negara masing-masing.
Terbaru, Cassandra Yap yang kini berada di Jepun mewakili Malaysia di pentas Miss International 2023 telah berkongsi kostum nasional yang bakal digayakannya kelak. Tampak eksklusif, regal dan penuh dengan pengertian kesenian negara, kostum yang bakal digayakan menarik perhatian ramai.
Diberi nama ‘The Glory of Permaisuri’, kostum nasional yang dicipta oleh Faizal Azhar itu diinspirasikan daripada seni budaya Melayu seperti tepak sireh, bunga telur, cucuk sanggul, kain songket dan sulaman tekat.
Elemen-elemen ini disatukan dan digelar permaisuri yang melambangkan pemerkasaan wanita. Selain itu ia juga menjadi simbolik kepada adat dan tradisi yang dipelihara sejak dahulu sebagai khazanah negara yang tidak ternilai harganya.
Malam finale Miss International 2023 bakal diadakan pada 26 Oktober nanti. Imbas kembali, pertandingan ini sudah memasuki edisi ke-61 sejak penganjurannya pada tahun 1960. Pemegang takhta Miss International terkini ialah Jasmine Selberg yang berasal dari Jerman.
Kali terakhir Malaysia berjaya tembus sebagai semi-finalist adalah pada tahun 1965 dan sebelum itu pada tahun 1961. Adakah kemarau selama 58 tahun ini akan diakhiri Cassandra? Sama-sama kita nantikan.
Kredit foto: Miss International Malaysia, BlackPepper Production
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Booster Tenaga & Kecantikan, Ini Resepi Kiub Vitamin C Limau Kasturi!
Isi Kandungan
ToggleLimau Kasturi dimakan begitu sahaja rasanya memang masam. Sebab itu buah ini biasanya digunakan sebagai bahan penambah rasa dan penyedap dalam minuman dan makanan.
Namun kegunaan limau Kasturi tidak terhenti begitu sahaja. Buah yang dikenali dengan nama calamansi ini juga banyak manfaat dari segi perubatan dan baik untuk kesihatan.
ARTIKEL BERKAITAN : Air Daun Pandan Boleh Hilangkan Bau Badan. Ini Petua Orang Dulu-Dulu!
Lebih menarik amalan minum air limau kasturi ini mampu hilangkan kedut dan menjadikan wajah awet mudah serta singkir kolesterol jahat dalam tubuh. Mudah je nak buat air limau kasturi, jadikan amalan setiap hari dan rasai kebekesanannya.
Berikut antara perkongsian oleh Suhaili Baharudin sebagai rujukan;
Ini resepi simple tapi superpower untuk badan kita. Kalau kita baca dari wall FB DrRizal Abu Bakar, beliau selalu tegaskan tentang pemakanan dan cara hidup yang sihat akan membawa kepada kesihatan yang hebat.Kak Eli dah lama set see first beliau sebab sangat banyak yang kita boleh belajar tentang otak manusia, tidur yang cukup, pemakanan dan vitamin semulajadi.
Limau kasturi boleh jadi energy booster untuk badan kita. Dan beliau bagitahu cara mudah buat air limau kasturi. Setelah Kak Eli cuba selama seminggu, tadaa sungguh luar biasa kesannya pada tubuh.
Tak ada lagi rasa lemau, biasanya kalau tengahari mulalah rasa mengantuk dan rasa malas tapi sekarang Kak Eli dah berubah, buat kerja dengan bertenaga dan gembira. Limau kasturi penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan.Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit.
Jom tengok resepi air energy booster penghilang lesu dari Doktor Rizal (Kak Eli ubah suai sedikit resepi untuk lebih ummphh).
Bahan-Bahan:
Bahannya ialah cuma limau kasturi. Iya, cuma limau kasturi, sudahlah murah, mudah pula nak cari.
Cara Membuat:
1.Belah dan buang biji. Blend halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis. Tak mahu tapis pun tak apa.
2.Nak lagi sedap, tambah sedikit madu asli. Tak ada pun tak apa. No problem.
3.Masukkan dalam bekas kiub (mold) kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.
Cara Penggunaan:
Setiap kali kita nak minum, cuma ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun dah ditapis masih banyak serat didalamnya. Sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
Setiap pagi sebelum subuh Kak Eli akan ambil satu kiub dan curah air panas kedalam cawan. Biarkan. Siap solat, air tadi dah sedikit suam jadi boleh terus minum. Jangan tambah gula ya.
Aroma kasturi yang memenuhi ruang akan menghidupkan rasa nyaman. Melayan hening subuh rasa sangat bahagia dan tenang.
Boleh ulang secawan lagi waktu tengahari atau malam. Wajib cuba dan kita akan rasa perbezaan pada tubuh. Rasa sangat segar dan energetik, kurang rasa sakit badan (maklumlah penuaan – menangis)
Ayuh kita share dan buat.
Selamat Mencuba!
Sumber: Suhaili Baharudin
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.