“Tuah Dibuli”, Kanak-Kanak Ini Dapat Perhatian Dunia & Bakal Pergi Ke Disneyland

Share

Isu buli bagai tiada kesudahan di kalangan pelajar sekolah. Tidak hanya berlaku di negara kita, budaya buli juga terjadi di luar negara. Lebih menakutkan mangsa buli nekad untuk menggantung diri kerana tidak tahan diejek.

Ternyata tindakan seorang ibu yang memuat naik rakaman video anaknya yang meminta tali untuk menggantung diri selepas tidak tahan dibuli rakan sekolahnya menjadi perhatian dunia sehingga ramai termasuk pelawak terkenal mahu memberinya pertolongan dan lebih menarik, wang sebanyak USD150,000 sudah berjaya dikumpul untuk memberikan kebahagiaan kepada Quaden, 9 tahun termasuk pergi ke Disneyland.

Dalam satu kejadian di sekolah, seorang ibu, Yarraka Bayles memuat naik mata anaknya kelihatan merah serta bengkak kerana baru habis menangis di mana anaknya yang mengidap Dwarfisme (penyakit mengakibatkan tubuhnya agak kerdil berbanding rakan sebaya) meminta tali untuk menggantung diri kerana tak tahan diganggu rakan sekolah yang mengejek fizikalnya itu.

“Aku ingin seseorang membunuhku”.

“Aku hanya ingin menusuk jantungku”jerit Quaden lagi.

Yarraka kemudian menelefon pihak sekolah dan memaklumkan beginilah emosi anaknya bila sering dibuli di sekolah dan sebagai ibu ia amat menakutkan kerana selama ini dia begitu kasihkan anaknya itu.
“Orang tidak pernah tahu betapa sakitnya emosi kami sebagai ahli keluarga bila anak berkata begini,” kata Yarraka yang kepala anaknya sering ditolak rakan sekolah.

Ekoran itu, video yang dimuat naiknya itu menjadi viral di seluruh dunia dan mendapat perhatian. Ia ditonton 134 ribu kali di media sosial. Paling mendapat perhatian apabila Liga Rugby Nasional Australia mengajak Quaden datang ke padang dan bersama-sama mereka.

Seorang lagi insan, Latrell Mitchell menulis kata-kata yang sangat indah buat Quaden.

“Kami tahu kamu sedang alami masa sulit. Tapi anak, kami di sini menyokong kamu,’. Malah begitu banyak kata-kata positif datang buatnya.

Malah pelawak Brad William juga berusaha menubuhkan tabung GoFundMe dan terkini sejumlah 150,000 sudah terkumpul di mana agar kanak-kanak itu dapat dibawa ke Disneyland untuk menggembirakan hatinya. Bagi Brad yang juga pengidap Dwarfisme, dia faham bagaimana perasaan orang di buli dan mengharapkan orang ramai menghentikan budaya membuli ini yang terbukti merosakkan banyak jiwa.

Published by
Almaswa Haji Che Ros