Jika sebelum ini, tular kisah seorang pemuda Indonesia yang dikenali sebagai Ghozali menjual swafotonya di platform NFT dan berjaya meraih lebih USD 1 juta atau kira-kira RM4 juta dengan menggunakan wang kripto.
BACA: Sultan Terima ‘Durian Runtuh’ Swafoto Terjual Untuk RM4 Juta Kepada NFT
Terkini, seorang lagi remaja mendapat ‘durian runtuh’ hasil dari melukis.
Remaja bertuah berusia 13 tahun ini menjadi jutawan dalam masa setahun selepas jual lukisan miliknya sebagai non-fungible token (NFT). Nyla Hayes merupakan seorang pelukis muda dengan menjual hasil seninya di laman web NFT, Dimana sesiapa yang berminat boleh membeli lukisannya di laman tersebut menggunakan mata wang kripto.
Untuk pengetahuan, NFT adalah aset grafik kripto yang mempunyai identiti kod dan metadata yang tersendiri, serta tidak boleh ditukar dengan nilai yang sama antara satu sama lain.
Seperti dalam dunia sebenar, NFT digunakan sebagai token untuk menilai aset dalam seperti hartanah dan karya seni.
Pada bulan Mac, Hayes telah menjual potret lukisannya, “Long Neckie Lady” dengan harga $6,621.70 (kira-kira RM27,946) di laman Instagram. Manakala sebuah lagi lukisan lain dijual pada bulan sebelumnya dengan harga $3,920.05 (kira-kira RM16,544).
Inspirasi Wanira Seluruh Dunia
Dalam hasil karyanya, Hayes mengetengahkan karakter-karakter wanita, seperti ikon wanita Ruth Bader Ginsburg, Lucille Ball serta wanita biasa pada umumnya. Karya Hayes turut menerapkan satu ciri khusus yang membuatkan kesemua 3,000 potret yang dilukis olehnya lebih menonjol.
“Saya melukis wanita dari seluruh dunia kerana saya sangat menyukai budaya yang berbeza dan latar belakang yang berbeza,” katanya pelukis digital itu ketika dihubungi NBC
Tidak sangka lukisan laku
Menurut ibu Hayes, dia mendapatkan telefon pintar untuk anak perempuannya ketika berusia sembilan tahun kerana Hayes sangat meminati seni.
“Saya dapat melihat betapa bersemangatnya dia dalam seni dan saya hanya berfikir, jika saya boleh memberi sokongan dalam apa cara sekalipun. Itulah yang saya akan lakukan,” ujar ibu Hayes.
Sebelum memperoleh pendapatan yang besar, Hayes hanya melukis potret melalui telefon pintar miliknya. Pada mulanya, Hayes hanya menujukkan lukisan tersebut kepada keluarga dan rakan kerana khuatir hasil tangannya tidak digemari atau dianggap pelik.
Namun dengan sedikit dorongan dari bapa saudaranya, Hayes serta ibunya memutuskan untuk melihat sama ada ia boleh dipasarkan dengan NFT.
Memang benarlah tuah manusia itu tiada siapa yang tahu. Oleh itu, jangan pernah berhenti berharap dan berusaha kerana siapa tahu satu hari nanti korang juga berjaya dengan pekerjaan yang korang lakukan itu.
BACA LAGI : Kekayaan Remaja Ini Lebih Daripada Ratu Elizabeth, Kenali India Rose James
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Today.com