Kecemerlangan demi kecemerlangan dituai oleh penerjun kebangsaan, Nur Dhabitah Sabri di Sandwell Aquatics Centre, Birmingham.
Dhabitah yang merupakan sebahagian daripada skuad terjun negara yang kini berada di Kejohanan Dunia Sukan Komanwel Birmingham 2022 terlebih dahulu meraih pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirama bergandingan bersama Wendy Ng Yan Yee, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN
: Selain Suka Tersenyum, Menarik Tentang Atlet Terjun Negara Dhabitah SabriTerbaru, atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan pingat perak kedua pula kepada Malaysia dalam acara 3m Papan Anjal Wanita Akhir di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Beliau yang mendahului carta selepas terjunan ketiga dengan 207.90 mata, menampilkan gerakan kurang kemas pada terjunan keempatnya yang hanya mengutip 55.50 mata dan akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Saingan terdekatnya Maddison Keeney dari Australia meraih 75.95 mata menerusi terjunan keempat untuk merampas kedudukan teratas.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu bangkit untuk memperoleh 67.50 mata selepas terjunan kelima dan terakhir, bagaimanapun sudah terlewat untuk mengatasi Keeney yang terus mempamerkan aksi mantap bagi memikat para juri dengan 72.00 mata sekali gus membawa pulang emas buat Australia.
Seorang lagi atlet terjun negara Ong Ker Ying menduduki tempat ke-12 dengan 231.60 mata. Nur Dhabitah yang ditemui selepas pusingan akhir 3m papan anjal di Sandwell Aquatics Centre itu bagaimanapun berpuas hati dengan keputusan tersebut.
“Untuk Sukan Komanwel kali ini, memang saya tak fokus sangat (pada) acara ini (3m papan anjal) kerana saya lebih tumpu kepada acara 10m platform dan seirama,” katanya kepada Bernama.
Terdahulu, kali terakhir beliau beraksi dalam acara tersebut ialah pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lepas dengan kedudukan di tempat keempat.
ALL THE BEST buat Dhabitah..
BACA : Dhabitah Sabri Kini Bergelar Mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia – REMAJA
SUMBER : 1
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.