Tuah Tahun 2022, Agong Dan Raja Permaisuri Timang Dua Cucu Serentak

Share

 

Merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah!

Tuah tahun baru 2022 buat Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar apabila baginda berdua dilaporkan telah menimang dua cucunda, baru-baru ini.

Khabar gembira itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaklumkan bahawa Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser telah diputerakan pada 31 Januari. 2022.

Sementara itu, Tengku Aleya Norlini Shah Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pula telah meraikan hari keputerian pada 2 Februari 2022.

Difahamkan, YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.

Manakala YM engku Aleya Norlini Shah pula merupakan anakanda kedua Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

BACA LAGI : Glamornya, Lihat Selebriti Yang Dijemput Ke Perkahwinan YM Iman & YM Bakar

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Istana Negara

Published by
Nana