Baru-baru ini, Twitter dilihat semakin kerap dijadikan sebagai medan untuk pengguna perempuan melemparkan tuduhan kes-kes seksual seperti cabul dan perlakuan seks tanpa rela.
Besar kemungkinan, ada di antara tuduhan tersebut yang berasas dan ia sendiri diakui oleh lelaki tertuduh. Namun, tak mustahil juga ada di antara tuduhan yang dilempar semata-mata bermotifkan balas dendam disebabkan hubungan lalu.
Yang menuduh
Yang tertuduh
Jika di Malaysia, ada sahaja tuduhan kes cabul di Twitter yang muncul sekerap setiap minggu dan kebanyakannya melibatkan influencer media sosial.
Situasi sama turut berlaku di Hollywood apabila selebriti lelaki popular bertalu-talu dituduh pernah cuba mencabul gadis. Menariknya, kebanyakan daripada kes ini dikatakan telah berlaku beberapa tahun yang lalu.
Jadi mengapa baru sekarang mereka melakukan pertuduhan tersebut?
ARTIKEL BERKAITAN : Mengapa Mangsa Cabul Tidak Berani Serah Laporan Polis Atau Mengadu?
Pertuduhan pertama yang meledak semalam di Twitter sehingga mendaki carta trending nombor 1 telah melibatkan penyanyi, Justin Bieber.
Seorang gadis bernama Danielle menggunakan akaun palsu untuk menuduh Justin melakukan serangan berbaur seksual pada tahun 2014. Setelah Justin menjelaskan situasi itu secara public semalam, pihak Twitter terus memadamkan tweet tuduhan gadis tersebut.
“Saya tidak selalu memberikan kenyataan kerana saya telah biasa berdepan dengan pertuduhan liar sepanjang karier saya. Saya lakukan ini setelah bercakap dengan isteri dan team.
“Saya tidak mengambil pertuduhan seksual dengan ringan. Saya berfikir terlebih dahulu mengenai apa yang ingin saya katakan atas rasa hormat terhadap mangsa yang pernah berdepan dengan kes seperti ini.
“Saya tidak pernah berada di lokasi yang disebut (Hotel Four Seasons di Austin Texas pada 9 Mac 2014). Saya hanya berada di Austin untuk menyanyikan beberapa lagu pada acara kejutan itu. Apa yang gadis (Danielle) ini tidak tahu adalah saya juga menghadiri show itu bersama teman wanita saya semasa itu, Selena Gomez.
“Saya sedang bekerja sama dengan Twitter dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang,” catatnya lagi dalam ciapan itu.
Kes pertuduhan kedua yang melibatkan pelakon The Fault In Our Stars ini berlaku pada Jumaat lalu.
Seorang pengguna Twitter bernama Gabby menuduh Ansel pernah mencabulnya ketika dia berusia 17 tahun. Walaupun Gabby segera menyah-aktif (deactivate) akaun Twitter setelah ciapan itu menjadi viral, ramai yang sempan merekod skrin dan kembali memuat naik ciapan tersebut.
Antara tuduhannya termasuk dirinya tidak mampu mempertahankan diri sendiri (mungkin kerana mabuk) dan Ansel mengambil kesempatan dengan mengajaknya melakukan hubungan seks.
Gabby juga menuduh pelakon itu meminta foto bogel daripadanya dan meminta untuk lakukan macam-macam lagi. Dalam satu kenyataan balas di Instagram pada Sabtu lalu, Ansel menolak semua pertuduhan Gabby.
“Senarai perkara yang berlaku (dalam pertuduhan Gabby) tidak benar. Saya tidak pernah dan tidak sesekali akan menyerang sesiapa. Apa yang benar adalah saya dan Gabby pernah berjumpa di New York pada 2014. Kami berpisah and
I did not handle the breakup well.
“Saya berhenti membalas mesejnya dan itu adalah sesuatu yang tidak matang. Saya tahu permohonan maaf ini tidak akan membetulkan kesilapan saya menghilangkan diri sewaktu itu.”
*
Apa pendapat korang?
Adakah pertuduhan cabul dan salah laku seksual di Twitter terlalu kerap berlaku tanpa bukti yang sah. Tentunya netizen sukakan kes-kes seperti ini dan terus mengapi-apikan keadaan. Namun adakah ini boleh dianggap sebagai satu bentuk serangan terhadap tertuduh lelaki?