Tuduhan Kes Seksual Seungri Punca Saham YG Turun, JYP & SM Juga Terkesan!

Share

 

Selepas satu laporan terhadap anggota Big Bang, Seungri yang dikatakan menempah servis ‘escort’ seksual pada 26 Februari lalu tersebar luas, kes tersebut dikatakan bukan saja menjatuhkan imejnya tetapi juga imej syarikat naungan, YG Entertainment.

Hasilnya, stok saham syarikat tersebut jatuh 5 hari berturut-turut selepas laporan pertuduhan tersebut.

Pada 8 Mac lalu, stok saham berjaya naik semula kepada 43,000 won (lebih kuran RM155). Namun, selepas Seungri diberkas oleh anggota polis semalam, stok kembali jatuh!

Aigoo, Seungri..

Nampaknya bukan YG Entertainment saja yang terkesan tetapi juga stok saham SM Entertainment (syarikat naungan EXO, Red Velvet) dan JYP Entertainment (syarikat naungan Twice, GOT7). Saham SM jatuh 11.92% berbanding 10 Mac, manakala JPY jatuh 2.16% pada 29,450 won.

Syarikat hiburan lain seperti FNC dan Cube Entertainment (4Minute) juga jatuh hari ini.

Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

Petang tadi, sebuah laporan di Korea Selatan berkata Seungri dijatuhkan tuduhan menyediakan khidmat pelacur kepada pelabur antarabangsa di kelab malam peribadinya. Walaupun YG tahu mengenai pertuduhan tersebut pada hari ini, namun wakil mereka belum lagi mengeluarkan apa-apa pertuduhan setakat ini.

Penyanyi bernama Lee Seung-hyun itu juga belum mengeluarkan kenyataan melalui peguam dan wakilnya. Buat masa ini, dia menidakkan sebarang pertuduhan ‘sex bribery’ itu.

Hissh, macam-macam! Apatah lagi Seungri dijadualkan untuk terlibat di dalam khidmat tentera negara tersebut pada akhir bulan Mac ini.

 

Published by
FZ