TEMPOH dua tahun seakan menyendirikan kelibatnya daripada dunia hiburan melainkan kemunculan di beberapa showcase serta persembahan jemputan, penyanyi Ismail Izzani berkata dia mempunyai sebab kukuh untuk berbuat sedemikian.
Ismail, 24 menerangkan kepada REMAJA ketika ditemui baru-baru ini bahawa dia memerlukan tempoh rehat seketika bagi menyelesaikan beberapa kemelut yang menduga perjalanan muzik serta kehidupan peribadinya.
Setelah bergiat secara aktif sebagai penyanyi sejak tahun 2016, Ismail merasakan keputusan berdiam diri adalah perlu demi menyusun semula perihal kerjaya serta peribadinya agar segalanya lebih jelas serta produktif.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa yang mengatakan zaman populariti saya sudah berakhir atau yang merasakan saya sudah tenggelam.
“Dari satu sudut, ada benarnya saya lebih selesa dengan cara sekarang. Tidak terlalu exposed, nak kata terlalu diam tidak juga.
“Saya jauhkan diri daripada spotlight pada tahun pertama untuk menyelesaikan beberapa isu dengan label lama saya termasuklah soal kontrak. It was not easy tetapi Alhamdulillah, kami temui titik noktah dengan cara yang baik.
Ads
“Saya pun tidak mahu bermusuhan kerana industri kita kecil sahaja. Saya ucapkan terima kasih kepada label lama saya di atas semua kerjasama yang kita jalinkan tetapi sudah tiba masa saya membawa haluan baharu.
“Memasuki tahun kedua berdiam diri, saya sibuk menguruskan kehidupan peribadi pula. Pada masa yang sama, saya lakukan career homework. Saya banyak belajar daripada penggiat muzik underground terutamanya daripada kumpulan rap 53 (disebut Five Three) Universe. Cara mereka berkarya banyak membuka mata saya terhadap betapa luasnya stail muzik yang ada di luar sana,” ujarnya.
Dalam masa yang saya, Ismail bersyukur apabila peluang untuk ‘berdiam diri’ sepanjang dua tahun lepas telah membantunya mengawal tahap kesihatan mental terutamanya apabila terpalit dengan beberapa isu melibatkannya yang hebat diperkatakan oleh media serta pengguna media sosial.
Ads
TERUJA TAPI CEMAS
Terbaru, Ismail berkongsi dirinya kini berada di bawah naungan syarikat label Def Jam Malaysia yang turut mewakili nama-nama besar seperti Joe Flizzow, Sonaone, Yonnyboii, Luca Sickta, Sophia Liana, Kmy Kmo dan ramai lagi.
Justeru sebagai buah tangan sulungnya bersama Def Jam Malaysia, Ismail bakal muncul dengan single terbaru berjudul Iman yang sedang menanti hari untuk diluncurkan.
“Bersama famili Def Jam Malaysia, saya banyak belajar ilmu muzik dan industri baharu. Kami baru mendapat tune baharu untuk jenis muzik yang saya akan bawakan selepas inidan insyaAllah, single pertama saya pada bulan September ini akan menemui korang di semua platform.
Ads
“It’s going to be a new vibe. Saya memang merasa cemas terhadap penerimaan orang ramai. Muzik kali ini amat berbeza, bahkan jika diamati di Malaysia juga tidak ramai penyanyi atau band yang membawakan tune sebegini.
“Slowly we build up starting this September dan kami merancang agar album akan datang (yang turut memuatkan Iman) akan menjadi chapter baharu untuk seorang penggiat seni bernama Ismail Izzani,” kata anak teruna penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam ini.
Tambah Ismail lagi, dia gembira apabila dapat terus melakukan eksplorasi muzik dan keluar daripada zon selamat untuk menghiburkan semua pendengar sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik. Bak katanya sendiri, “Itu sebenarnya tujuan saya berada dalam industri ini”.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecantikan itu adalah satu perkara yang subjektif.
Namun apabila seseorang insan itu memilih untuk menyertai indusri seni hiburan dan bergelar seorang penghibur tidak kiralah dalam bidang lakonan, nyanyian, pengacaraan atau yang seiring dengannya.
Isu paras rupa malangnya ada membelungi program nyanyian realiti, Big Stage 2023 dan antara yang terkesan dengan komen-komen berbaur negatif mengenai paras rupa ialah salah seorang finalis akhirnya, Nadeera Zaini.
Malam ini, sesudah selesai mempersembahkan pusing pertama dengan lagu Never Enough nyanyian asal Loren Allred, juri tetapnya iaitu Ajai menyentuh mengenai isu tersebut dan tampil mempertahankan Nadeera daripada herdikan netizen di media sosial.
“Saya tak nak sentuh sangat mengenai vokal kerana kita tahu awak ada dan ia pemberian Tuhan.
“Tapi saya nak babap diapa yang cakap awak tak cantik tu,” ulasnya lalu menerima tepukan gemuruh penonton di auditorium MBSA. Pada masa yang sama, Nadeera juga dilihat terus menjadi sebak. Jelas, penyanyi bersuara lantang itu pernah terkesan dengan komen-komen yang mempersoalkan kecantikannya..
“Jangan sesekali kita rendahkan sesiapa kerana semuanya adalah pemberian daripada Allah,” simpul Ajai.
Rata-rata komen di hantaran terbaru Instagram Nadeera memuji kecantikan beliau dan memohon agar penyanyi itu tidak terganggu dengan komen sedemikian.
Terdahulu, Nadeera memungut markah yang cukup tinggi; iaitu 98 daripada Aina Abdul dan 96 daripada Ajai.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Genre seram sering mendapat perhatian ramai dek kerana elemen surprise yang dipaparkan mampu membuatkan kita terkejut, selain daripada tidak sabar untuk melihat babak-babak yang seterusnya.
Filem seram Indonesia antara yang mendapat tempat di hati penonton di Malaysia. Tidak dinafikan negara jiran kita, Indonesia adalah antara yang sering menghasilkan filem-filem seram yang berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk di dalam pawagam mahu pun di hadapan kaca televisyen.
Bagi peminat filem genre seram, berikut kami senaraikan antara filem seram Indonesia yang mempunyai jumlah penonton paling tinggi di pawagam. Selamat menonton!
1. KKN Di Desa Penari
KKN Di Desa Penari mengisahkan tentang 6 pelajar dari sebuah kampus di Jawa timur melakukan program Kerja Kuliah Nyata (KKN). Mereka adalah Ayu, Widya,Nur,Anton dan Bima. Mereka melaksanakan KKN selama 6 minggu di desa yang disebut Desa Penari ini. Kisah ini berakhir tragis dengan hilangnya nyawa dua mahasiswa peserta KKN, namun mereka tidak langsung meninggal pada saat mereka di perkampungan Desa Penari itu. Sewaktu filem ini ditayangkan di pawagam, baharu dua minggu sahaja sudah mencatatkan 6 juta tontonan.
Ia berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia. Ia berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia. Namun kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah.
Filem ini pernah menduduki kedudukan tertinggi dalam rekod filem seram paling laris di Indonesia. Pengabdi Setan berjaya mengutip 4.2 juta tontonan selama dua bulan ditayangkan di pawagam.
3. Suzanna: Bernapas Dalam Kubur
Filem ini mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Suzanna yang mati dibunuh oleh perompak, iaitu kawan sekerja suaminya di pejabat. Suzanna yang sudah mati itu bangkit untuk membalas dendam dengan pembunuh-pembunuh itu.
4. Danur: I Can See Ghosts
Ketika ulang tahun kelapannya, seorang budak perempuan bernama Risa telah membuat permintaan untuk mempunyai rakan supaya dia tidak berasa sunyi lagi. Bagaimanapun ibunya, Elly, mula mengesyaki sesuatu apabila anak perempuannya sering bergelak dan bermain seorang diri.
Filem yang diadaptasi daripada novel karya Rissa Saraswati ini mampu mencatatkan sebanyak 2.7 juta tontonan di pawagam.
5. Jailangkung
Jailangkung merupakan filem seram yang dilancarkan pada 2017. Menceritakan tentang kisah tiga gadis yang ingin mengungkap misteri disebalik kejadian tragis yang menimpa ayah mereka. Filem yang dibintangi oleh Jefri Nichol ini ditonton oleh 2.5 juta penonton.
Terbaharu, filem sekuel Pengabdi Setan 2: Communion kini sudah pun ditayangkan di Malaysia dan dengarnya memang lagi seram berbanding yang pertama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan hanya peminat DJ muzik EDM dan produser berbakat, Avicii terkejut dengan berita pemergiannya lewat hari semalam, malah selebriti Hollywood yang juga merupakan rakan rapatnya turut merasai pemergian tersebut.
Menurut wakil publisitinya, Avicii ataupun nama sebenarnya Tim Bergling menghembuskan nafas terakhir di Oman pada usia 28 tahun.
Ahli keluarga dan rakan rapatnya yang sedang berkabung dalam kesedihan mengharapkan ruang bagi mereka mententeramkan diri. Buat masa ini, masih tiada kenyataan rasmi akan punca sebenarnya kematian Avicii.
Sementara itu, rakan muzik terdekatnya termasuklah Zedd, Calvin Harris dan Shawn Mendes meluahkan kesedihan mereka melalui Twitter.
No words can describe the sadness I’m feeling right now, hearing about Avicii passing away….?
Thoughts go out to his family and friends…
Devastating news about Avicii, a beautiful soul, passionate and extremely talented with so much more to do. My heart goes out to his family. God bless you Tim x
Sebelum ini, Avicii pernah mengumumkan ingin ‘bersara’ daripada siri tour konsertnya atas faktor kesihatan.
Katanya, “Saya tahu yang saya berpeluang untuk membuat persembahan jelajah muzik ke seluruh dunia, namun saya hanya mempunyai masa yang sedikit untuk menikmati kehidupan saya sebagai orang biasa, iaitu di luar jiwa saya sebagai artis.”
Penulis turut mengakui terkejut dengan berita pemergian tersebut disebabkan bakat yang ada pada produser muzik muda itu amat dikagumi oleh peminat muzik seluruh dunia.p
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...