Tukar Sikit Je Rutin Harian Korang Ni, Gerenti Hilang Penat Masa Puasa

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Sudah petang macam ini, memanglah letih badan setelah seharian berpuasa.

 

Umat Islam amat ternanti-nantikan kedatangan Ramadan kerana bukan selalu kita dapat melipat gandakan ganjaran amalan kita. Sekali setahun kot!

Tapi ada juga di antara kita yang sedikit gusar. Mereka takut badan lesu dan tak bertenaga sepanjang Ramadan nanti. Jangan biarkan badan lemah kalau kita nak perolehi kebaikan daripada bulan ini.

Jom lihat 5 cara untuk hilangkan rasa penat pada siang hari Ramadan.

 

01

Dapatkan Tidur Secukupnya

Kalau tidur pun dah lambat, macam mana korang nak bangun untuk sahur. Kami tahu pasti ada yang ingin menonton siaran langsung Piala Dunia kelak dan terus bersahur. Namun pastikan korang mendapatkan tidur yang cukup dengan menyusun jadual. Selepas pulang daripada Tarawikh, tidur terlebih dahulu dan lakukan aktiviti lain seperti bersahur SELEPAS mendapat waktu tidur yang cukup.

 

 

02

Makan Makanan Sihat Semasa Bersahur

Walaupun kita perlu siapkan diri dengan tenaga, janganlah pula korang ‘melantak’ yang bukan-bukan semasa bersahur. Elakkan makanan yang pedas dan terlalu berminyak ketika bersahur kerana ia akan mengganggu rasa selesa pada perut.

Pilih makanan berprotein, bijiran oat, sayur-sayuran seperti bayam dan buah-buahan yang memastikan korang tidak mudah lapar.

 

 

03

Luangkan Sedikit Masa Bersendirian

Haa, nak buat apa tu bersendirian.

Sebenarnya, waktu sebegini amat bagus untuk korang mendekatkan diri kepada Tuhan. Pada masa yang sama, ia boleh merelakskan minda dan badan. Curi masa untuk melupakan seketika kerja di kelas atau pejabat. Luangkan masa dengan membaca al-Quran atau berzikir. Mesti rasa bertenaga selepas itu!

 

 

04

Tingkatkan Pengambilan Air

Semasa berbuka puasa pula, korang ‘hadap’ dulu air di depan mata. Minum 2 gelas air sewaktu berbuka untuk mendapatkan kembali tenaga. Antara minuman yang disyorkan adalah jus buah-buahan yang tidak dicampur dengan air gula banyak atau susu rendah lemak. Kemudian, amalkan air masak pada waktu malam sehinggalah sahur nanti okay!

 

 

05

Buat Baik, Rasa Baik

Kita semua dituntut untuk mengambil peluang untuk melipat gandakan amalan kebaikan. Antaranya adalah dengan amalan menderma. Amalan menderma itu sebenarnya memudahkan seseorang yang berpuasa untuk menjalani ibadah dengan hati yang lebih tenang dan terbuka.

Untuk pengetahuan korang, SILKYGIRL, SG Men dan Watsons ingin mengajak korang menderma sambil berbelanja sempena bulan Ramadan al-Mubarak ini.

Hanya dengan mendapatkan wangian daripada SILKYGIRL ataupun SG Men di Watsons, 50 sen daripada setiap hasil pembelian akan didermakan kepada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia.

 

 

Sudahlah beramal, badan pun lebih bertenaga dengan deria bau yang lebih menyakinkan. LOVE!

Kempen bermula dari 15 Mei sehingga 25 Jun 2018.

Published by
FZ