Kumpulan K-Pop sensasi, BTS sekali lagi mencatat sejarah dalam dunia muzik Korea Selatan apabila mereka menjadi artis Korea pertama yang memberikan anugerah pada acara Grammys, hari ini.
Ketujuh-tujuh ahli BTS sebelum itu telah berjalan di karpet merah dan ramai peminat seluruh dunia menanti-nantikan stail yang akan mereka pilih. Iyalah, BTS kan ikon fesyen, mestilah mereka hendak lakukan sesuatu yang istimewa untuk kemunculan kali pertama di karpet merah Grammys.
Ramai yang meramalkan BTS untuk memakai jenama terkenal seperti Dior by Kim Jones, Gucci atau Saint Laurent – antara nama-nama pereka fesyen hebat yang pernah berkolaborasi bersama BTS.
BUT NO.
Bts hadir dalam persalinan tuksedo hitam klasik yang direka oleh 2 orang pereka fesyen Korea Selatan. JayBaek Couture menyiapkan tuksedo untuk V, Jungkook, Jin, Jimin, Suda dan RM, manakala J-Hope pula memilih pereka fesyen bernama Kim Seo Ryong yang popular di negaranya.
Ya, JayBaek Couture pernah bekerjasama dengan pelakon seperti Hyun Bin dan kumpulan GOT7. Namun, itu hanya untuk anugerah tempatan. Jarang sekali selebriti Korea memilih pereka fesyen tempatan untuk acara antarabangsa.
Pilihan pereka fesyen tempatan Korea Selatan itu membuatkan ramai peminat BTS meluahkan rasa bangga kerana membawa nama negara ke pentas berprestij seperti Grammys.
TAHNIAH BTS. Lihat klip slow motion mereka di bawah.
BACA: 5 Kali BTS Buktikan Merekalah Ikon Fesyen Remaja Sekarang