Malang tidak berbau..Kecoh di media sosial apabila beberapa klip video dan gambar pusat membeli-belah yang berada ditengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, Pavilion terbakar!
ARTIKEL BERKAITAN : Baru Mula Beroperasi Selepas 4 Bulan Ditutup, Safwan Nazri Reda Diuji Kedai Terbakar
Mengikut laporan pusat membeli belah terkemuka ini mengalami kebakaran kecil kira-kira pukul 2:10 petang tadi.
Pavilion on fire- can’t establish the precise location pic.twitter.com/pAAMjAy8gJ
— Dominic Damian JAN 1513 (@jan_1513) March 30, 2022
Pihak Pengurusan Pavilion KL menerusi kenyataan memaklumkan, tragedi kebakaran kecil itu dilapor berlaku di dapur sebuah restoran yang terletak di aras satu.
Antara foto yang sempat dirakam adalah ketika kepulan asap hitam naik ke udara dari pemandangan sudut bawah serta ketibaan anggota bomba di tempat kejadian.
“Api tersebut merebak dengan sangat cepat dan ia telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Jabatan bomba bersama-sama dengan pegawai operasi dan keselamatan kami sedang menyiasat punca kebakaran tersebut berlaku.
“Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dan operasi perniagaan berjalan seperti biasa,” maklum kenyataan hari ini.
Tambah Pavilion lagi, pihaknya akan terus mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pengunjung dan penyewa (peniaga premis).
Sementara itu,menurut Buletin FM, kebakaran berpunca daripada pembakar itik di salah sebuah restoran di pusat beli-belah itu.
Kebakaran berpunca dari tempat pembakar daging itik di sebuah restoran di pusat membeli-belah Pavilion di Kuala Lumpur sebentar tadi.#BuletinFM #Pavilion #terbakar
Kredit: Jasrul Jasmin & @kosmo_online pic.twitter.com/YRuP8zvjPz
— Buletin FM🇲🇾 (@buletinfm) March 30, 2022
Nasib kebakaran kecil sahaja, diharap kejadian begini tidak akan berulang di pusat membeli belah Pavilion.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.