Tiada istilah orang kenamaan atau pilih kasih kerana undang-undang. Selepas tular isu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong dan viral di media sosial, hari ini  Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik hari ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) 2 minggu lalu.

Bernama melaporkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah.

Kedua-duanya didakwa bersama 13 individu lain melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Tular Gambar Makan Di Media Sosial, Timbalan Menteri Kesihatan Didenda RM1000 Ingkar PKP
Gambar ini tular di media sosial membawa kepada persoalan orang ramai mengapa PKP dilanggar. Akhirnya ia dibawa ke mahkamah dan didenda hari ini
Tular Gambar Makan Di Media Sosial, Timbalan Menteri Kesihatan Didenda RM1000 Ingkar PKP
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik hari ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) 2 minggu lalu.

Mereka semua kemudiannya membayar denda itu.

Ads

Pada 18 April lalu, Azmi memuat naik gambar beliau bersama Razman dan beberapa individu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong.

Azmi yang juga ahli Parlimen Bagan Serai kemudiannya memohon maaf atas kesilapan itu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Ads

Razman yang juga Adun Gunung Semanggol dan pesuruhjaya PAS Perak turut memohon maaf menerusi Facebooknya dan memberi keterangan di IPD Kerian.

Terdahulu, Azmi serta Razman tiba serentak pada 9.20 pagi tadi.

Ads

Kawalan di sekitar mahkamah diperketatkan dengan kehadiran polis, selain media yang mula tiba seawal 7 pagi tadi bagi membuat liputan prosiding kes itu.

Bagi remaja, jangan sesekali ingkar PKP ya kerana kita sekarang dalam proses untuk meredakan wabak COVID-19 dari terus merebak. So stay at home.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI