Tular Kanak-Kanak Jual Roti Canai! Siasatan JKM 3 Abangnya OKU & Dirinya Rela Bantu Keluarga

Share

Semalam tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berniaga roti canai segera di hadapan pasaraya Tesco Kota Bharu. Selepas kesnya tular di media sosial kerana usianya masih di bawah umur, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Kota Bharu telah mengadakan siasatan lanjut.

Siasatan mendapati kanak-kanak ini sebenarnya berusia 13 tahun, bersekolah menengah dan mempunyai 13 orang adik beradik. Lapan saudara kandung manakala selebihnya adik beradik tiri.

Malah remaja ini secara sukarela membantu keluarganya berniaga untuk meringankan beban kewangan ditanggung keluarga memandangkan tiga orang abangnya terdiri dari golongan kurang upaya.

Bacalah penerangan lanjut dari pihak JKM Jajahan Kota Bharu mengenai hal yang tular ini.

Tular di depan Tesco KB kanak-kanak menjual roti canai segera sejak semalam

Merujuk kepada whatsapp Rujukan melalui Pegawai Kebajikan Masyarakat pada 01.03.2020 berkaitan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun yang dipaksa menjual roti canai segera di perkarangan Tesco yang tengah viral dilaman sosial Facebook.

Lawatan telah dilakukan pada 02.03.2020 jam 2.30 petang oleh Encik Nazri Bin Hussin, Pegawai Kebajikan Pembangunan Masyarakat ,Nor Azlin Bin Kamarudin,Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Kanan Bahagian Kanak – Kanak Kebajikan Masyarakat Jajahan Kota Bharu dan Syahrul izwa Bin Abdullah, Pem.Kebajikan Masyarakat.

Hasil lawatan dan siasatan adalah sebagaimana berikut :

Penama, Siti Nurhidayah Binti Mohd Khari,berusia 13 tahun dan No Kad Pengenalan : 07xxxxxxxxxxx. Beliau merupakan seorang anak ke 5 dari 8 orang adik beradik seibu dan kini menetap bersama sama ibu, adik beradik serta bapa tiri yang beralamat No XXX Taman Tg. Ahmad Ritauddin yang disewa oleh keluarga dengan kadar RM 500 sebulan. Jenis rumah adalah teres setingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Rumah penama tinggal bersih dan selesa untuk diduduki oleh penama serta keluarga penama. Penama masih bersekolah di Sek.Men.Keb XXX di tingkatan satu.

Difahamkan, penama memang menjual roti canai segera di perkarangan Tesco selepas tamat waktu persekolahan antara jam 5 petang sehingga jam 9 mlm. Pendapatan antara RM 30 – RM 50 sehari. Penama dihantar dan di ambil dengan menaiki kereta oleh bapa tiri penama. Penama berbuat sedemikian atas kehendak penama sendiri untuk membantu keluarga penama

Maklumat Ahli Keluarga :

1.Che Hasmadi Bin Che Amat, No Kad Pengenalan : 78xxxxxxxxxxx, berusia 42 tahun. Status bapa tiri kepada penama yang bekerja sebagai di Jabatan Kerja Raya (JKR) cawangan Panji di bahagian ukur sebagai Pekerja Rendah Awan (PRA) pendapatan Kasar RM 2600 sebulan. Selain itu bapa penama juga menangung 5 orang lagi adik beradik tiri.(bapa tiri)

2.Nurmiyanti Binti Azmi No Kad Pengenalan :81xxxxxxxxxxxx berusia 39 tahun, ibu kepada penama,bekerja membuat roti canai segera dan tidak mempunyai sebarang penyakit (ibu)

3.Alisya Binti Mohd Kahari yang berusia 20 tahun, bekerja sebagai tukang sapu di klinik sekitar Kota Bharu, pendapatan RM 700 sebulan dan tinggal bersama penama, serta belum berkhawin.(adik beradik)

4.Muhammad Firdaus Bin Mohd Kahari No Kad Pengenalan : 01xxxxxxxxxxxxxx berusia 21 tahun dan juga seorang OKU Kategori ketidakupayaan masalah pembelajaran,membantu ibu membuat roti canai segera di rumah (adik beradik)

5.Muhammad Aidiel Fitri Bin Mohd Kahari No Kad Pengenalan : 03xxxxxxxxxxx berusia 19 tahun seorang OKU kategori ketidakupayaan Masalah pembelajaran LD030812002200 juga membantu ibu membuat roti canai segera di rumah (adik beradik)

6.Muhammad Jawwan Bin Mohd Kahari No Kad Pengenalan : 05xxxxxxxxxx berusia 15 tahun juga seorang OKU kategori ketidakupayaan Masalah Pembelajaran LD03081400129 tidak bersekolah dan juga membantu ibu mambuat roti canai segera di rumah. (Adik beradik)

7.Che Idhlan Amsyar Bin Che Hasmadi berusia 3 tahun ( adik beradik)

8.Che Idhalan Aqil Fateh Bin Che Hasmadi berusia 1 tahun (adik- beradik)

Ulasan Keseluruhan

Penama adalah seorang anak yang baik serta mengikut apa yang disuruh oleh ibu bapa. Penama tinggal bersama-sama keluarga. Penama masih bersekolah di Sekolah Men.Keb Melor di tingkatan 1. Penama mempunyai 13 orang adik beradik 8 orang seibu manakala 5 orang lagi adik beradik tiri. Penama adalah anak kelima dari 8 orang adik beradik.Penama mempunyai seorang kakak yang bekerja sebagai tukang sapu di klinik swasta (Kota Bharu) berpendapatan RM 900 sebulan dan mempunyai 3 orang abang yang mana kesemua abang-abang penama mempunyai masalah ketidakupayaan Masalah Pembelajaran dan telah berdaftar dengan JKM.

Penama menjual roti canai segera yang di buat oleh ibunya sendiri di sekitar Tesco dan Aeon Mall. Penama menjual selepas habis persekolahan antara jam 5 petang sehingga jam 9 malam. Penama di hantar oleh bapa tiri penama dengan menaiki kereta. Penama menjual bagi meringankan beban ibu dan bapa penama.

Tindakan Yang Telah Diambil

1.Siasatan telah dibuat pada 02/03/2020 dan mendapati penama dan keluarga bukan penerima bantuan samada dari jabatan ataupun MAIK,

2.Borang permohonan telah diserahkan kepada keluarga penama dan akan diproses sebaik sahaja dokumen lengkap di terima.

3.Pihak JKM menasihati keluarga penama supaya tidak membenarkan penama menjual di perkarangan Tesco dan lain- lain tempat kerana adalah satu kesalahan di bawah Akta kanak-Kanak 2001

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh:

Syahrul izwa Bin Abdullah
Pem.Kebajikan Masyarakat Jajahan Kota Bharu

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros