Setiap daripada kita pastinya melalui zaman persekolahan ketika di bulan Ramadan. Teringat kembali sewaktu di sekolah rendah, apabila tiba waktu rehat murid-murid yang berpuasa akan ke dewan untuk masuk ke kelas mengaji yang dianjurkan pihak sekolah. Tetapi bagi yang tidak berpuasa, mereka boleh sahaja ke kantin untuk menikmati makanan.
Namun, baru-baru ini tular di media sosial berkaitan sebuah mesej WhatsApp yang diterima apabila pihak sekolah menjelaskan kantin tidak dibuka sepanjang Ramadan bagi melatih murid-muridagar berpuasa dan juga menghormati orang yang berpuasa.
Ibu bapa juga diingatkan untuk memberi anak-anak sarapan di rumah terlebih dahulu sebelum ke sekolah jika tidak berpuasa. Malah, bekalan air minuman juga tidak dibenarkan dibawa ke sekolah secara terang-terangan.
Hal ini telah mendapat perhatian orang ramai dan Harith Iskander juga turut berkongsi di laman instagramnya. Hantaran itu mendapat reaksi ramai yang dilihat tidak bersetuju dengan tindakan itu
Diharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan jangan pula ada yang memudaratkan pelajar-pelajar lain.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja
untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.Sumber: (1)