Tular Model Cantik Warna Mata Sebelah Biru Sebelah Coklat. 7 Fakta Tentang Heterochromia

Share

Majoriti orang Asia mempunyai mata berwarna gelap atau coklat. Warna coklat adalah hasil daripada kepekatan melanin yang tinggi di iris menyebabkan lebih banyak cahaya dapat diserap dan kurang cahaya yang dapat dipantulkan.

Foto Via wolipop

Dengan kecanggihan zaman sekarang, kita boleh je mempunyai warna mata yang berwarna-warni seperti biru atau hijau dengan mengenakan kanta mata untuk menjadikan mata kita lebih cantik.

ARTIKEL BERKAITAN : Hilangkan Eyebag Guna Vaseline, Calit Sedikit Sebelum Tidur Hilang Terus Mata Gelap

Namun, baru-baru ini tular keunikan model Filipina Julia Ostan menjadi perhatian ramai kerana miliki warna mata yang berbeza. Julia Ostan popular kerana mempunyai warna mata yang berbeza, di sebelah kanan coklat dan biru di sebelah kiri.

Foto Via wolipop
Foto Via wolipop

Julia Ostan tiba-tiba popular selepas terpalit dengan satu kontroversi melibatkan video peribadi dia yang dinilai tidak bermoral oleh netizen. Video tersebut dilaporkan tersebar di forum Twitter dan Reddit. Sehingga kini tidak diketahui kesahihan video tersebut.

Walaubagaimanapun, dalam dunia perubatan, kes yang dialami remaja 17 tahun ini disebut sebagai heterochromia. Heterochromia adalah keadaan di mana seseorang mempunyai mata yang berbeza warna yang mempunyai lebih daripada satu warna. Selalunya, ia tidak menyebabkan sebarang masalah.

Menurut US Department of Health & Human Services’ Genetic and Rare Diseases Information Center, keadaan ini disebut heterochromia iridis segmental. Seperti heterokromia lengkap, heterokromia sektoral boleh diwarisi dari ibu bapa atau melalui kecederaan atau penyakit.

Heterochromia adalah keadaan di mana seseorang mempunyai mata yang berbeza warna yang mempunyai lebih daripada satu warna. Selalunya, ia tidak menyebabkan sebarang masalah. Heterochromia adalah perkara biasa pada sesetengah haiwan tetapi jarang berlaku pada manusia.

7 Fakta Tentang Heterochromia

Heterochromia berkaitan dengan melanin

Untuk lebih memahami mengapa heterochromia terjadi, pertama-tama kita harus memahami sedikit tentang warna mata. Ada dua gen yang mengawal warna mata. Satu di kromosom 15 untuk mata coklat, dan satu di kromosom 19 untuk mata hijau atau biru.

Ada tiga jenis Heterochromia 

Terdapat tiga jenis Heterochromia, heterochromia lengkap, orang mempunyai mata yang sebelah lain warna. Heterochromia sektoral, juga dikenali sebagai heterochromia separa, satu bahagian iris mata berbeza daripada yang lain. Walau bagaimanapun, keseluruhan mata tidak terjejas, sebahagian daripadanya mungkin mempunyai tompok warna yang berbeza.

Sama seperti yang berlaku kepada bintang ‘Superman’ Henry Cavill.

Satu dari seratus orang Amerika mengidap Heterochromia

Walau bagaimanapun, kira-kira satu daripada seratus orang di Amerika Syarikat mempunyai beberapa bentuk keadaan daripada heterochromia. Malah, heterochromia sering ditemui dalam kaum Kaukasia (kebanyakannya untuk penduduk Eropah, Afrika Utara, Timur Tengah, Pakistan, dan India Utara).

Genetik

Untuk sebahagian besar, heterochromia diwarisi dari ibu bapa secara genetik. Mata pelbagai warna sebenarnya dominan, jadi jika salah satu ibu bapa mempunyai keadaan terdapat 50 peratus kemungkinan bahawa anak akan mengalami keadaan tersebut.

Perubahan genetik tertentu boleh menyebabkan heterochromia

Heterochromia juga boleh berlaku kerana mozek genetik. Perubahan genetik ini berlaku apabila seseorang mempunyai lebih daripada satu populasi sel yang berbeza secara genetik. Orang yang mempunyai mozek mempunyai sel genetik yang berbeza daripada satu zigot atau telur yang disenyawakan. Pada asasnya, badan mempunyai arah genetik untuk dua versi berbeza. Jadi, anda akan mendapat warna yang berbeza pada setiap mata apabila perbezaan DNA itu berlaku dalam gen yang mempengaruhi warna mata.

Tidak akan berlaku secara tiba-tiba, dapatkan nasihat doktor dengan segera

Terdapat kes yang jarang berlaku apabila heterochromia muncul secara tiba-tiba, dalam kehidupan seseorang. Dalam kes ini, keadaan boleh menjadi sangat berbahaya.

Heterochromia secara tiba-tiba ini  mungkin boleh berlaku disebabkan terdapat tumor berhampiran mata. Jika seseorang menghidap diabetes mellitus, atau jika orang itu mempunyai sindrom Posner-Schlossman. Ubat glaukoma juga boleh menyebabkan perubahan warna mata. Jika merasakan warna mata anda telah berubah, dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Biasa bagi haiwan mengidap heterochromia

Heterochromia adalah perkara biasa pada sesetengah haiwan tetapi jarang berlaku pada manusia. Ia lebih biasa berlaku pada haiwan tertentu, seperti anjing huskies atau kucing Turki atau Angora. Kebanyakan haiwan dengan heterochromia tidak mengalami keadaan perubatan yang serius.

BACA LAGI : ‘Eyelash Extension’ & Bulu Mata Palsu Hukumnya Haram Dipakai Dalam Islam. Ini Sebabnya!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER : 1, 2

Published by
Nana