Sebuah ikatan perkahwinan yang suci pasti ingin diraikan dengan memori indah dan bermakna. Antara salah satu momen untuk memberi rasa nostalgia kepada pasangan merpati dua sejoli adalah penggambaran praperkahwinan yang diadakan dalam konsep menarik.
Ada yang memilih konsep baju persekolahan, ada yang memilih di tepian pantai dan ada juga yang memilih untuk bergambar di lokasi pertama mereka bertemu. Semuanya demi mencipta satu kenangan untuk diabadikan sepanjang hidup.
Namun bagaimana jika konsep pengambaran dilakukan berkonsep kematian? Di kubur, rumah mayat dan serlahan ritual si mati. Pelik bukan? Namun inilah yang dilakukan dalam sebuah penggambaran praperkahwinan di Thailand.
Tular di media sosial, sehingga kini hantaran tersebut di laman Facebook Nonts Kongchaw telah dikongsi lebih 66 ribu kali dan menerima 34 ribu tanda suka.
Bertemakan Love Beyond Death dengan penjelasan ‘kerana cinta melebihi kematian’ itu, dapat dilihat pengantin perempuan dan pengantin lelaki memakai pakaian perkahwinan rona putih dan bergambar dengan props yang luar biasa seperti kalungan bunga, kuntuman bunga teratai, tali putih dan bunga cendana.
BACA JUGA: Hilang Selama Dua Hari, Model Popular Ditemui Mati Dalam Sungai
Kesemua props yang diguna merupakan perkara yang biasa dilihat dalam upacara pengebumian Thai. Walaupun dikritik secara negatif oleh sesetengah warganet, namun begitu ada juga yang memuji kreativiti dalam penggamabaran itu.
Dirakam di sebuah tanah perkuburan, menurut laporan sumber, terdapat empat orang kru yang berada di sebalik tabir bagi menjayakan penggambaran itu. Di samping itu mereka turut disertai oleh seorang pakcik yang merupakan penjaga kubur tersebut bagi memastikan keselamatan mereka.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Facebook Nonts Kongchaw, Sanook