Bila manusia lebih mabuk dari binatang inilah jadinya. Akal yang sepatutnya digunakan untuk berfikir tetapi diletakkan di lutut.

Tiga hari lalu, heboh di negara seberang, Indonesia hingga menimbulkan kemarahan warga kotanya selepas tersiar rakaman sekumpulan remaja sedang bergelak ketawa memberikan minuman alkohol kepada  kuda belang, badak sumbu dan rusa yang mana binatang ini dilihat beriya-iya menyedutnya tanpa menyedari minuman itu memabukkan.

https://youtu.be/8dY11eHMaAA

Dalam rakaman tular itu juga menyaksikan pengunjung lelaki menuang minuman keras ke mulut haiwan berkenaan sementara remaja perempuan dan rakan-rakannya di dalam kereta ketawa seolah-olah tidak ingat dunia.

Kejadian itu berlaku di Taman Safari Indonesia yang sangat terkenal di Asia Tenggara kerana  pengunjung boleh mendekati haiwan-haiwan liar dan jinak yang dibiarkan bebas lepas ini, bergambar dan memberi makanan sama  seperti  Taman Safari di Afrika.

Ads

Keunikan Taman Safari Indonesia di Cisarua, Jawa Barat ini begitu terkenal malah  program realiti tv dari Korea, Running Man pernah mengadakan rakaman di zoo ini sehingga menjadikannya sebagai satu tempat wajib dilawati ketika berkunjung ke Indonesia.

Rakaman salah laku remaja ini mulai tular apabila mereka sendiri menuploadkanya ke Instagram salah seorang remaja yang beranggapan hal ini sesuatu yang seronok untuk dijadikan bahan jenaka ketika mengunjungi zoo berkenaan.

Akibat perbuatan berkenaan, haiwan-haiwan yang diberi minuman keras ini telah mengalami masalah gangguan saraf dan gagal menjalani “kehidupan” akibat mabuk yang tidak hilang-hilang.

Ads

Malah Drh  Foony Lelus (doktor haiwan) yang memeriksa binatang berkenaan mengakui haiwan-haiwan ini mengalami gangguan saraf selepas kejadian dan perlu menjalani fisioterapi untuk memulihkan mereka kembali seperti biasa.

https://youtu.be/sorWSCf4ezg

Ads

 

Ekoran kejadian tular dan menimbulkan kemarahan ramai itu sehari selepas itu, pelakunya, Philip Biondi dan pasangannya Alyysa Dwi telah meminta maaf di atas perlakuan berkenaan dan bersedia menanggung risiko atas perbuatan yang menurut mereka secara spontan dan tidak disengajakan itu.

 

Inilah kata orang, beringat sebelum kena. Kalau sudah letak akal di lutut, maka lebih baik jadi binatang kerana itulah yang membezakan antara manusia dan binatang itu sendiri.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI