Tular Sekumpulan Geng Pelajar Pakai Gelang Pink Di Grup Pantai Dalam Community, Ada Dakwaan Pelajar Positif COVID-19

Share

Sekitar petang ini di Grup Pantai Dalam Community, tular sekeping gambar menunjukkan sekumpulan pelajar sekolah menengah menunjukkan di tangan mereka sudah dikenakan gelang tangan berwarna pink iaitu merujuk kepada individu yang berada di bawah pengawasan PUS Covid-19.

Dapat dilihat sekumpulan pelajar ini menunjukkan mereka sudah mengenakan gelang pink yang memberi makna perlu menjalani kuarantin selama dua minggu di dalam rumah dan hanya perlu berkurung di dalam bilik tanpa bertemu ahli keluarga lain.



Masa yang sama, dengan lebih 30 ribu ahli di dalam grup berkenaan, ada ahli-ahlinya yang bertanya benarkah ada pelajar sekolah menengah di komuniti tersebut positif COVID-19?

Dalam beberapa WhatsApp yang beredar di grup berkenaan, ada dakwaan pelajar kelas 5 Inovatif sudah diminta menjalani pemeriksaan swab hari ini dan kemudian dipakaikan gelang berwarna pink tersebut.

Malah dimaklumkan juga, pelajar berkenaan tinggal di flat kawasan perumahan berkenaan dan sebuah klinik di komuniti tersebut juga sudah sudah disanitasi kerana dikunjungi oleh pelajar berkenaan sebelum dirujuk ke PPUM kerana gejala-gejala dijangkiti COVID-19 ada pada pelajar berkenaan.

Sebagai sebuah grup komuniti dihuni ramai orang Melayu, Pantai Dalam sememangnya amat terkenal sebagai syurga makanan yang enak malah banyak restoran di kawasan ini tular di media sosial antara yang agak enak masakannya dan dicari individu “pemburu” makanan sedap.

Apa pun kita doakan jika benar ada pelajar dijangkiti, semoga semuanya cepat sembuh dan jika ia tidak benar, tidak perlu rasa panik. Apa yang penting jaga penjarakan sosial, sentiasa memakai mask dan sentiasa basuh tangan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros