Tular Siling Queensbay Mall Runtuh Akibat Hujan Lebat, Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku

Share

Hujan lebat malam tadi menyebabkan aras tiga di pusat beli belah Queensbay Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang telah runtuh dan dilimpahi air.

Menurut laporan Harian Metro, pengurusan pusat beli belah terkenal itu berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11.10 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Malaysia Kongsi Detik Cemas Berdepan Gempa Bumi di Turkiye, Akui Masih Trauma

“Ia menyebabkan air melimpah ke bahagian pusat beli belah dan menjejaskan beberapa kedai di zon selatan aras berkenaan. Ketika ini, lokasi yang terjejas sudah dibersihkan dan semua lot kedai juga beroperasi seperti biasa.

“Bagaimanapun, hanya satu bahagian (yang terbabit) di aras tiga ditutup sementara bagi kerja penyelenggaraan,” katanya.

Semalam, beberapa rakaman video berkaitan insiden berkenaan tular di platform media sosia sejak malam tadi.

Antara rakaman video itu memaparkan lantai di aras berkenaan digenangi air selain ada beberapa individu melakukan kerja pembersihan.

Selain itu, terdapat juga air yang bergenang menerusi siling sebelum siling berkenaan runtuh namun tiada kemalangan jiwa.

Sekadar informasi, ia buka kepada orang ramai pada Disember 2006, Queensbay Mall adalah salah satu pusat beli-belah terbesar di Pulau Pinang berkeluasan 2.5 juta kaki persegi dan mengandungi lebih 400 lot kedai di bangunan lima tingkat tersebut.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Fath