Beberapa hari lalu tular di media sosial solat tarawih kilat yang dilaporkan berlaku di Masjid Padepokan Al Busthami di Cirebon, Indonesia. Solat tarawih kilat 20 rakaat dan tiga witir ini dilakukan dalam tempoh 7-10 minit sahaja dengan pemilihan bacaan ayat-ayat al-Quran pendek dan gerakan solat dalam kalangan jemaah juga tertib.

Dikatakan solat super pantas ini sudah  sudah menjadi tradisi bagi masyarakat desa ini sejak dulu lagi. Malah ketua daerahnya, Ujang Bustomo yang juga imam kepada solat sunat tarawih  itu berkata, ia bertujuan mendorong masyarakat setempat untuk tidak malas menunaikan solat sunat itu.

“Solat sunat tarawih cepat ini dilakukan agar masyarakat mudah menunaikan solat. Ini kerana ramai juga (jemaah) yang kurang senang kerana lama,” katanya dalam temubual itu.

Dalam ramai yang mungkin beranggapan berasa kagum dengan tempoh super singkat itu sementara solat tarawih lapan rakaat dengan tiga witir di negara ini mengambil  masa hampir sejam, adalah lebih baik kita belajar memahami apa yang diajar oleh Rasululllah SAW.

Jangan kerana mahu cepat, solat yang dilakukan setiap waktu selama 60 tahun semasa di zaman Baginda Nabi berlalu sia-sia sahaja.

Ads

REMAJA kongsikan penjelasan dari Ustaz Ahmad Sanusi Azmi mengenai solat kilat ini.

Bangun dan Solatlah Semula!

1. Melihat kepada video Solat Kilat ini, teringat saya akan sabda Rasulullah dalam sebuah hadith. al-Imam al-Bukhari menukilkan bagaimana Rasulullah pernah melihat seorang lelaki yang menunaikan solat secara tidak sempurna. Baginda lalu memberikan arahan:

Ads

ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ
“Bangun dan tunaikanlah solat sekali lagi, sesungguhnya engkau tidak solat!”

  1. Lelaki tersebut mengulangi solatnya. Setelah selesai Rasulullah memintanya supaya solat sekali lagi. Kali ini Baginda memberikan penjelasan tentang kesalahan yang beliau lakukan. Iaitu, solat beliau berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. Solat mesti dilakukan dalam keadaan tenang iaitu ada tamakninah (tenang seketika). Sabda Rasulullah:

إذا قمت إلى الصلاة فكبر ، ثم اقرأ ما تيسر معك من القرآن ، ثم اركع حتى تطمئن راكعاً ، ثم ارفع حتى تعتدل قائماً ، ثم اسجد حتى تطمئن ساجداً ، ثم اجلس حتى تطمئن جالساً ، ثم اسجد حتى تطمئن ساجداً ، وافعل ذلك في صلاتك كلها )) .
“Sekiranya engkau mendirikan solat, hendaklah kamu mengambil wudu dahulu, kemudian mengadap kiblat dan kemudian memulakannya dengan takbir. Bacalah ayat dari al-Quran kemudian rukuklah dan kemudian hendaklah kamu bertenang seketika sewaktu rukuk tersebut. Kemudian kamu berdiri iktidal.

Kemudian hendaklah kamu sujud sehingga kamu bertenang ketika, dalam tempoh sujud tersebut. Kemudian duduklah (di antara dua sujud) dalam keadaan tenang. Kemudian hendaklah kamu sujud sehingga kamu bertenang ketika, dalam tempoh sujud tersebut. (HR al-Bukhari).

Ads
Tular Solat Tarawih Sepantas Kilat! Kenapa Nabi  Ajar Suruh  Solat Semula
Solat tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa, ada tertib perlu diikuti. Gambar hiasan
  1. Bahkan Rasulullah berpesan pada penghujung hadith tersebut:

وافعل ذلك في صلاتك كلها
“Hendaklah kamu lakukan semua di atas dalam solat kamu.” Iaitu kesempurnaan rukun dilakukan dalam keadaaan tenang.

  1. Malah Rasulullah pernah menggambarkan kepada Abu Hurairah bahawa terdapat seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi solatnya tidak diterima Allah. Sabda Rasulullah:

إنَّ الرجلَ ليُصلِّي ستِّينَ سنةً و ما تُقبَلُ له صلاةٌ، لعله يتمُّ الركوعَ، ولا يتمُّ السُّجودَ، ويتمُّ السجودَ ولا يتمُّ الركوعَ
“Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku’nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.”
Moga Allah membimbing kita semua.

Sumber : FB Dr. Ahmad Sanusi Azmi

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI