Tular gambar dan video rakyat Afghanistan bersesak di ‘airport’ bagi melarikan diri ke negara-negara jirannyang berdekatan. Ketakutan mula menyelubungi mereka dan sebahagian daripada mereka sudah mula melarikan diri ke negara-negara jiran.
Sebelum ini, Presiden Ashraf Ghani dikatakan terbang keluar melarikan diri dari Afghanistan setelah kekuasaannya dirampas Taliban yang sampai di pusat bandar Kabul, 10 hari lalu.
Latest pictures from Kabul Airport. People are on their own now while the world watches in silence. Only sane advise to Afghan people…RUN pic.twitter.com/RQGw28jFYx
— Sudhir Chaudhary (@sudhirchaudhary) August 16, 2021
Terbaharu, dengan beberapa siri penaklukan dan larinya Ashraf Ghani dari negara tersebut, jurucakap urusan politik Taliban Mohammad Naeem memberitahu media antarabangsa bahawa perang di Afghanistan telah berakhir setelah kumpulan itu berjaya menakluk ibu kota, Kabul.
Kerajaan pimpinan Ghani jatuh sepenuhnya selepas tembok pertahanan anti-Taliban di bahagian utara Mazar-i-Sharif dan timur kota Jalalabad berjaya ditumpaskan.
Dalam tempoh masa seminggu, Taliban melancarkan serangan terhadap Afghanistan, di mana serangan-serangan tersebut tidak dapat ditepis tanpa bantuan tentera Amerika Syarikat.
Rampasan kuasa ini memicu pihak pertahanan kerajaan sebelumnya untuk menyerah dan berundur.
Menurut AFP, video tentera bersenjata Taliban yang mengibarkan bendera putih dan beramah mesra dengan warga setempat, turut beredar di laman sosial.