Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita dipercayai sedang memarahi dan mendakwa seorang pemandu lori berada dalam keadaan mabuk kerana telah melanggar beberapa kenderaan yang diparkir di bahu jalan.

Pemandu Lori Kena Serangan Jantung Disangka Mabuk, Ini Bantuan Awal Yang Semua Orang Wajib Tahu

Dalam klip video 1.17 minit itu, perakam tersalah anggap pemandu tersebut sedang mabuk. Faktanya, pemandu lelaki itu sedang bertarung nyawa sebelum disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

ARTIKEL BERKAITAN : Hentikan Sebar Cara Tangani Serangan Jantung Dengan Cough CPR, Ini Sebenarnya Yang Korang Perlu Buat

Video pendek dimuat naik di media sosial itu mengundang kecaman netizen yang berpendapat wanita itu boleh menyelamatkan pemandu treler tersebut jika pantas menghubungi ambulans dan bukan sibuk merakam kejadian tersebut.

Ads

 

Pemandu Lori Kena Serangan Jantung Disangka Mabuk, Ini Bantuan Awal Yang Semua Orang Wajib Tahu
Foto Via Polis Daerah Sungai Buloh

Al – Fatihah (dengan bacaan) buat mangsa.

Siapa kata penyakit jantung hanya akan menyerang golongan tua, ia memang benar-benar silap. Serangan jantung kini bukan hanya dihidapi oleh orang tua, malah penyakit ini juga boleh menyerang golongan yang lebih muda. dan tidak mengira masa, sedang tidur, berkerja dan sebagainya.

Ads

Hal ini menunjukkan serangan jantung bukanlah perkara yang boleh dibuat main. Melihat banyak kes kematian akibat serangan jantung kita seharusnya lebih peka dengan simptom masalah jantung. Jika anda atau terdapat orang awam yang mengalami serangan jantung, ambil langkah berikut:

  • Dapatkan bantuan kesihatan atau hantar individu yang mengalami sakit jantung ke hospital berdekatan.
  • Jika tidak berkemampuan untuk bergerak kerana sakit atau keadaan lain, hubungi talian 999 atau minta orang awam untuk bawakan anda ke hospital berdekatan dengan kadar segera
  • Jangan memandu kereta semasa mengalami simptom sakit dada atau simptom masalah jantung yang lain
  • Jika anda tiada sejarah alergi kepada ubat aspirin, ambil pil aspirin 300 mg yang boleh dikunyah dengan kadar segera
  • Sebelum ambulans sampai, ikut langkah-langkah bantuan kecemasan yang diberikan melalui talian 999 jika perlu (contoh semasa situasi pesakit pengsan)
  • Jika pesakit mempunyai ubat glyceryl trinitrate, kemam sebiji di bawah lidah dan dapatkan bantuan perubatan dari hospital berdekatan
  • Bantuan awal ini bukan sahaja dapat membantu menjadikan simptom sakit jantung lebih terkawal, bahkan ia juga berupaya untuk meminimumkan kematian sel kardium (jantung) bagi mengekalkan fungsi jantung pada tahap yang optimum.

Insiden yang berlaku itu turut dijelaskan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar dalam satu kenyataan media. Pada hari sama, pemandu treler berkenaan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Sungai Buloh pada kira-kira jam 12.09 tengah hari. Polis turut meminta orang awam tidak membuat spekulasi mengenai insiden berkenaan bagi menghormati keluarga arwah.

Ads

Al-Fatihah kepada mangsa, dan takziah buat keluarga.

BACA LAGI : Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Kena Serangan Jantung Walaupun Masih Muda & Aktif Bersukan

Sumber : Hello Doktor,  Facebook Polis Daerah Sungai Buloh

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI