Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

WAKTU IFTAR MALAYSIA

- Ramadan 1446 H

Imsak -

--:-- --

Berbuka -

--:-- --
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Home Sukan Tun Ameerul Luqman Cipta Sejarah, Raih Gelaran Juara Jelajah PBA

Tun Ameerul Luqman Cipta Sejarah, Raih Gelaran Juara Jelajah PBA

Ads

Baru-baru ini, jaguh tenpin boling negara, Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam berjaya melakar sejarah apabila muncul wakil negara pertama dengan membawa pulang gelaran juara dalam Jelajah Persatuan Boling Profesional (PBA) di Amerika Syarikat (AS), pada Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian, atlet yang kini berusia 25 tahun itu dinobatkan sebagai juara PBA Chameleon selepas menewaskan wakil tuan rumah, Kevin McCune 269-227 dalam saingan akhir stepladder di National Bowling Stadium Reno, Nevada.

Dalam pada itu, menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Professional Bowlers Association (PBA), Tun Ameerul menyifatkan kemenangan bersejarahnya itu sebagai satu pencapaian yang menakjubkan.

Tun Ameerul Luqman Cipta Sejarah, Raih Gelaran Juara Jelajah PBA Tun Ameerul Luqman Cipta Sejarah, Raih Gelaran Juara Jelajah PBA

Ads

“Ia amat menakjubkan muncul juara Jelajah PBA, yang juga gelaran pertama saya. Ini adalah untuk semua rakyat Malaysia. Saya sayang anda semua dan terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Tun Ameerul sebelum itu mendominasi pusingan kelayakan dan mengesahkan slot untuknya ke peringkat akhir stepladder.

Beliau bermula dengan baik apabila mengatasi pemain AS, Boog Krol dengan 237-226, 216-247, 268-267, 279-187.

Ads

Tun Ameerul Luqman Cipta Sejarah, Raih Gelaran Juara Jelajah PBA

Tun Ameerul kemudian meneruskan momentum cemerlang apabila menewaskan juara 12 kali Jelajah PBA dari Sweden, Jesper Svensson, 245-214, 245-228, 254-215.

Ads

Sementara itu, kemenangan tersebut menyaksikan beliau membawa pulang sejumlah wang USD20,000 (RM88,510) dan trofi piala.

Pada masa yang sama, juara dunia 2018 Muhammad Rafiq Ismail terlepas peluang muncul wakil negara pertama memenangi Jelajah PBA apabila tewas kepada wakil Sweden, Rasmus Edvall, 172-224 dalam saingan final stepladder PBA Scropion Championship.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


SeeNI ×