Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini setelah beliau menerima rawatan selama 53 hari.
Berita tersebut telah dikongsikan oleh pejabatnya menerusi satu hantaran ringkas yang dimuat naik di laman media sosial.
Menurut kenyataan tersebut, bekas pemimpin negara yang terkenal seantero dunia itu dibenarkan keluar pada jam 11.30 pagi tadi.
“Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung negara pada 11.30 pagi hari ini.
“Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN pada 26 Januari 2024 untuk mendapatkan rawatan bagi jangkitan dan pemantauan,” lapor kenyataan tersebut.
Imbas kembali, ini bukanlah kali pertama pemimpin berusia 97 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung. Sebelum ini pada Ogos 2023 beliau turut dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan disebabkan jangkitan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.