Tun M BERI JAWAPAN Kenapa Pengawal Pengiring Najib Ditarik Balik

Share

Semalam media  memaparkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal buat kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada dirinya dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana selama ini.

Suasana itu berlangsung dalam penuh emosi malah dalam tulisannya di entri fbnya atas nama NAJIB RAZAK, bekas Perdana Menteri itu menulis sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp).

Susulan kes ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis Iftar bersama warga PDRM di Masjid Bukit Aman malam tadi  memberikan jawapan kenapa khidmat pengiring DS Najib ditarik balik.

Menurut Tun Mahathir, Najib kini disiasat berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau turut menambah selepas siasatan selesai dan didapati tidak bersalah, Najib akan mendapat semula faedah yang dinikmati sebagai bekas perdana menteri.

Turut hadir pada majlis iftar itu ialah isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. SUMBER : BERNAMA 

Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman bersama para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada majlis Iftar Bersama Warga PDRM di Masjid Bukit Aman hari ini.Turut sama Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. –fotoBERNAMA

 

Dalam majlis yang sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya tidak menarik balik kawalan keselamatan yang diberikan terhadap Najib sebaliknya hanya mengurangkan jumlah anggota yang ditugaskan itu.

“Setiap bekas perdana menteri mempunyai kelayakan tertentu namun, jumlah anggota yang bertugas tidak sama seperti sebelumnya. Kita hanya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Bagaimanapun anggota yang bertugas seperti ADC, pemandu serta pengawal peribadi masih ditempatkan bagi mengawal keselamatan beliau dan Datin Seri (Rosmah Mansor),” katanya.

Beliau turut menafikan bahawa kerajaan telah menarik balik kesemua pegawai keselamatan kecuali seorang pegawai Aide De Camp (ADC) yang ditugaskan untuk beliau dan keluarganya seperti mana yang dinyatakan oleh DS Najib Tun Razak bahawa kesemua  pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan, yang ditugaskan kepadanya telah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC, sejak beberapa minggu lepas.

Sumber : BERNAMA

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros