
Setelah perletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan oleh Dr Maszlee Malik pada 2 Januari lalu, spekulasi siapakah yang bakal menggantikan portfolio penting negara itu telah bertebaran.
Artikel Berkaitan: Kejutan Hari Pertama Persekolahan, Dr Maszlee Malik Letak Jawatan
Hinggalah pada hari ini, rakan media di Astro Awani melaporkan yang jawatan itu telah dipangku oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 3 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri, Tun Mahathir sedang memangkunya sehinggalah Menteri Pendidikan yang baharu dilantik. Persetujuan itu telah dibuat oleh jemaah menteri kelmarin.
*
Melalui pemerhatian REMAJA pada reaksi warga net berkenaan pengumuman ini, ada yang bersetuju dan ada yang tidak.
Bagi sesetengah pihak, mereka merasakan Tun Mahathir layak untuk memangkunya memandangkan beliau tahu segala yang berkenaan dengan Kementerian Pendidikan buat masa ini.
Malah, Tun Mahathir juga pernah memegang jawatan tersebut dari tahun 1974 hingga 1977. Jadi ini bukanlah jawatan baharu bagi beliau.
Namun, ada juga warga net yang melihat situasi ini bercanggah dengan manifesto parti Pakatan Harapan yang menghalang Perdana Menteri daripada memegang portfolio lain.
Apa pendapat korang?
Nia Ramadhani Dan 6 Fakta Hidup, Terkini Ditangkap Kerana Dadah

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah yang satu ketika dulu mendapat sambutan hangat di Malaysia.
Sebentar tadi, gempar apabila pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie dilaporkan ditahan polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah.
Hal ini turut disahkan oleh Ketua Perhubungan Awam Polis.
“Ya, kita ada bukti bahannya (dadah) dan mereka sedang disiasat.
“Saya yang mengarahkan penahanan mereka,” kata Yusri kepada CNN.
Setakat ini, belum ada sebarang reaksi daripada pihak pengurusan Nia dan Ardi.
Untuk info Nia, yang telah berkahwin dengan Ardi sejak 2010, telah mengurangkan kesibukannya sebagai pelakon wanita setelah menjadi sebahagian daripada keluarga Bakrie. Berikut adalah serangkaian fakta mengenai Nia Ramadhani:
- Pelakon Sinetron
Mula meraih populariti sebagai artis setelah terjun ke dunia lakonan. Dia telah berlakon sejak tahun 1998 melalui sinetron Saras 008.
Nia Ramdhani hingga kini popular sebagai watak antagonis dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih sebagai Siska atau The Bawang Merah. Wanita berusia 31 tahun ini turut berlakon dalam Anakku Bukan Anakku, Benci Jadi Cinta, Ratapan Anak Tiri, Cinta Kirana, Alisa, hingga sinetron terakhirnya pada tahun 2013, Putri Number Satu.
2. Pernikahan Jadi Perhatian
Nia Ramadhani memilih untuk berhenti berlakon setelah berkahwin dengan Ardi Bakrie. Nia dan Ardi berkahwin pada 1 April 2010. Perkahwinan mereka pada masa itu menjadi perhatian bukan hanya kerana perbezaan usia antara keduanya. Nia pada masa perkahwinan berusia 20 tahun, sementara Ardi berusia 31 tahun.
Apa yang juga menjadikan perkahwinan mereka sebagai pemandangan adalah cincin. Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie memilih cincin perkahwinan yang dihiasi dengan darah mereka.
“Ini adalah gabungan darah kita. Ini menunjukkan bahawa kita sekarang hidup bersama dalam satu dunia,” kata Nia ketika dia bertemu Ardi setelah upacara pernikahan di Grand Ball Room Hotel Mulia Senayan pada waktu itu.
3. Dikurniakan 3 Orang Anak
Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie mempunyai tiga orang anak. Anak pertama mereka, Mikhayla Zalindra Bakrie, dilahirkan oleh Nia pada 2 Jun 2012.
Pada 17 November 2017, Nia melahirkan anak keduanya, seorang lelaki. Kanak-kanak itu bernama Mainaka Zanatti Bakrie.
Dan pada 10 Mei 2017, bintang filem Possessed melahirkan anak ketiga yang juga anak lelaki. Nama anak ketiga Nia dan Ardi Bakrie ialah Magika Zalardi Bakrie.
4. Tak Lekang Dengan Kontroversi
Kehidupan Nia Ramadhani sebagai isteri Ardi Bakrie sering menjadi perhatian netizen. Bermula dari gaya fesyen seksi yang dicemuh netizen kerana memiliki gelaran hajah. Sehingga tindakannya dianggap tidak profesional ketika menjadi tuan rumah TikTok Awards.
Malah, hal-hal remah berkaitan kehidupan Nia juga menjadi kontroversi. Seperti ketika Ardi Bakrie memuat naik momen ketika isterinya tidak dapat mengupas buah salak. Pengakuan Nia tak pernah naik kapal terbang jenis ekonomi dan tiba-tiba tingkah laku Nia Ramadhani mengejutkan netizen.
‘Saya dari dulu memang kaya, tak pernah naik pesawat ekonomi’ – Nia Ramadhani
5. Hobi Dan Sukan Mahal
Nia Ramadhani melakukan pelbagai hobi yang dianggap mahal sepanjang pandemik Covid-19 ini melanda. Nia Ramadhani mula berminat dengan golf pada bulan Jun 2020. Dia bermain golf dengan adik iparnya Gita Janu dan pembantu dan rakan baiknya Theresa Wienathan.
‘Siska’ turut ninat sukan mahal lain seperti menunggang kuda. Kaya kan..hehe
6. Nia Ramadhani dan Girl Squad
Nia Ramdhani dan rakan-rakannya, Girl Squad, membuat adegan pada tahun 2019. Bermula dari gaya mewah mereka hingga aksi Girl Squad melakukan perjumpaan sosial berlian.
Hmmm….hidup kaya raya pun susah juga…banyak dugaannya.
Akibat Rogol 13 Pelajar Perempuan, Pengasas Sekolah Tahfiz Dijatuhkan Hukuman Mati

Harapkan pegar, pegar makan padi!
Inilah perumpamaan yang boleh disesuaikan dengan seorang bekas guru dan pengasas sebuah sekolah tahfiz yang terletak di Bandung, Jawa Barat, Indonesia.
Dikenali sebagai Herry Wirawan, lelaki berusia 36 tahun ini telah melakukan perbuatan terkutuk merogol 13 pelajar perempuan berusia 11- 16 tahun sejak 2016.
Lebih menyayat hati lapan dari mereka telah mengandung hasil dari perbuatan terkutuk lelaki tersebut dan telah melahirkan seramai sembilan orang bayi. Berita ini menjadi satu berita sensasi dan menggemparkan seluruh Indonesia sekaligus menimbulkan keraguan terhadap sekolah agama.
Perbuatan terkutuk ini diketahui umum apabila salah seorang ibu bapa kepada pelajar yang dirogol mendapati anak mereka mengandung dan kemudiannya melaporkan perkara tersebut ke pihak polis daerah.
Sebelum ini pada Februari mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebelum menukar keputusan itu kepada hukuman mati setelah pihak pendakwaraya membuat rayuan.
Selain itu Herry Wirawan juga diarahkan untuk membayar lebih 300 juta rupiah selain hartanya akan dirampas dan dilelong dan dibahagikan kepada mangsa untuk memastikan kehidupan mereka dan anak yang dilahirkan terjamin sehingga mencapai usia dewasa.
Seperti yang diketahui, sekolah-sekolah agama ini ditubuhkan bertujuan membantu masyarakat beragama Islam yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Menurut laporan media tempatan, modus operandi Herry Wirawan memperdayakan pelajar-pelajar dipercayai dilakukan dengan menawarkan biasiswa dan memberikan insentif kepada mereka terutamanya yang datang dari kawasan keluarga kurang berkemampuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘Isu Tampar’ VS Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2016: Ini Yang Perlu Anda Tahu

Isi Kandungan
ToggleIsu Cikgu Azizan yang dibebas tanpa dilepaskan kerana menampar seorang pelajar berusia 11 tahun atas kesalahan menghidu gam dan cuba mempengaruhi pelajar lain menjadi topik hangat minggu ini.
Rata-rata netizen menyalahkan ibu bapa sebab terlalu memanjakan anak. Betul, tak salah kerana semua orang berhak untuk memberikan pendapat peribadi.

Namun, sebelum masing-masing menyuarakan hak khususnya di media sosial, fahami Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) yang telah meluluskan Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016 bagi tujuan melindungi kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Di dalam 54 artikel dan dua protokol pilihan, CRC telah menyatakan dengan terang apa yang patut dilakukan oleh pihak kerajaan di bawah undang-undang antarabangsa untuk memastikan semua kanak-kanak dapat membesar di dalam persekitaran yang bahagia, penuh dengan kasih sayang dan difahami serta bermanfaat dari segi penjagaan kesihatan, pendidikan dan perlindungan.
CRC ini juga menekankan bahawa setiap kanak-kanak – tidak kira di mana mereka dilahirkan, sama ada mereka lelaki atau perempuan, kaya atau miskin – mesti diberikan peluang untuk menjadi ahli masyarakat yang produktif dan mempunyai hak untuk bersuara serta pendapat mereka juga perlu didengar.
Baca pandangan Profesor Undang-Undang UKM, Prof Dato Noor Aziah Mohd Awal yang juga Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia dalam facebooknya hari ini. Beliau juga adalah wakil Malaysia ke Suruhanjaya Asean mengenai Promosi dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak.

Ini coretannya
Kes Cikgu Azizan terpapar dalam khabar2 tempatan dan media sosial. Penyokong amat gembira Mahkamah melepaskannya dan disebut sebagai suatu kemenangan besar. NUTP minta minta wujudkan Kod Etika utk hubungan ibubapa-guru supaya guru diberi perlindungan dari sebarang tindakan undang2.
Kenapa guru yg dewasa yg tugasnya termasuk melindungi kanak-kanak perlu dilindungi??
Tenggelam lah cerita kanak-kanak 11 tahun yang dicederakan dengan ditampar. Semua menunding jari kepada kanak-kanak dan ibubapanya yg membuat laporan polis atas apa yg berlaku sehingga guru ini didakwa.

Soalan saya mudah – siapa mangsa dalam kes ini?
Malaysia selepas menanda tangani konvensyen Hak Kanak-kanak telah meluluskan Akta Kanak2 2001 pindaan 2016 bagi tujuan melindungi kanak2. Siapa kanak2? Yang berumur di bawah 18 tahun. Sesiapa yg mencederakan kanak2 boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman yg membawa hukuman penjara dan denda. Tiada siapa terkecuali dari tindakan jika mencederakan kanak2. Ini bermakna ibubapa, penjaga, guru, jiran, keluarga dan lain2.
Apa bentuk deraan?
Apa-apa kecederaan fizikal mental dan seksual.
Banyak kes ke guru diserang ibubapa?
Adakah kes guru diserang jauh lebih banyak dari kes pelajar dicederakan oleh guru?
Guru adalah penjawat awam yg dilindungi undang-undang jika dia bertindak di bawah ruang lingkup bidangkuasanya. Jika guru melakukan sesuatu perkara yg di luar TOR tugasnya, maka dia tidak akan dilindungi oleh undang-undang.
Di sekolah hya guru besar dan guru disiplin boleh merontan pelajar. Merotan bukan di muka. Malah jika merotan yang mengakibatkan kecederaan, masih boleh didakwa bawah akta kanak-kanak. Peraturan sekolah juga telah ada mengawal selia kedatangan ibubapa ke sekolah.

Kita semua sebagai ahli masyarakat perlu jelas tentang isu ini. Bila kita dengar kes kanak2 dicederakan ibubapanya, kita terus kata mereka ibubapa tidak berhati perut. Kita jijik melihat bapa , bapa saudara atsu atuk merogol anak, anak saudara atau cucunya. Kita jijik melihat pedofil. Tapi bila guru cederakan murid sehingga pekak, patah atau guru rosakkan semangatnya, jatuhkan air mukanya dan sisih dia sehingga dia enggan ke sekolah, kenapa kita tidak cepat salahkan guru tetapi lebih suka salahkan kanak2 itu.
Kanak2 jika dia membunuh, merompak dan mencederakan orang, ia tetap kanak2. Perbicaraannya di Mahkamah Bagi Kanak2, prosidurnya berlainan dari mahkamah biasa. Hukumannya juga berbeza dari pesalah dewasa.

Dalam hal ini, sebagai ibubapa adakah kita melindungi anak kita? Sebagai anggota masyarat, ikhlaskah kita dalam menangani isu GURU V Kanak-Kanak. Boleh kah seorang guru tumbuk/tampar kanak-kanak kerana kanak-kanak itu berkelakuan buruk? Siapa yg patut dipersalahkan???
Serious kah kita melindungi kanak-kanak dari didera secara fizikal, mental dan seksual??
Atau kita berpendirian mudah “ asal bukan anak kita, lantaklah!! “
Saya datang dari keluarga guru. Sentiasa menghormati guru dan sangat sayangkan kanak-kanak. Namun jika guru bertindak diluar bidangkuasanya, dia bukan lagi perlu dihornati. Adil kah kita kpd kanak-kanak????
Perkasa kan guru dengan ilmu mengenai hak kanak-kanak.
Sayangi kanak-kanak kita.
Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Asean mengenai Promosi dan Perlindungan hak wanita dan kanak.
Fikir- fikirlah
Ini catatan Prof Dr Noor Aziah difacebooknya