Hari ini, suasana di Masjid Negara dipenuhi rasa sayu apabila ramai hadir memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri ke-5 Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah.
Antara figura yang mencuri perhatian ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang hadir bersama isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, dan anak mereka, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Berkongsi kenangan manis, Dr Mahathir menyentuh tentang hubungan lamanya dengan Allahyarham.
BACA: PM Kelima Malaysia, Pak Lah Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun. Al-Fatihah
Beliau turut mengimbas detik penting dalam sejarah politik negara iaitu saat peralihan kuasa antara mereka berdua.
Beliau turut mengakui bahawa era kepimpinan Pak Lah bukanlah mudah sepenuhnya.
“Di bawah kepimpinannya, gabungan pemerintah mencatat kemenangan pilihan raya paling besar dalam sejarah negara… memenangi 90 peratus kerusi. Ia satu pencapaian luar biasa.
“Pilihan Raya Umum 2008 tidak begitu memberangsangkan. Dengan desakan supaya beliau berundur, beliau melakukannya tanpa berlengah dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Datuk Seri Najib (Razak),” katanya lagi.
Tun M mengakhiri pertemuan dengan satu mesej yang cukup mendalam mengenai nilai peralihan kuasa secara aman.
“Beginilah cara kita di Malaysia. Apabila kita bersara, kita berundur dengan baik dan menyerahkan tanggungjawab kepada pengganti.
“Jika tradisi ini diteruskan, insya-Allah, Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara yang diberkati. Abdullah memberikan contoh yang baik untuk kita semua,” tutur beliau lagi.
Untuk info, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada usia 85 tahun, kira-kira jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).
SUMBER: Harian Metro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.