“Tunduk Jer, Hilang Taiko”, Sekumpulan Pelajar Belasah Rakan Berebut Awek Dah Diangkut Polis

Share

Belasah tanpa perasaan! Lebih ramai menyokong dari menyuraikan malah siap memberi galakan.

Gelagat sekumpulan pelajar tingkatan tiga menyaksikan rakan mereka beriya-iya membelasah rakan pelajar di dalam kelas dalam satu rakaman video yang tular sebelum ini mendatangkan kemarahan orang ramai.

Ramai berangggapan perbuatan tersebut sebagai kurang ajar malah beranggapan gejala buli sepatutnya sudah tidak wujud.

Dalam laporan Berita Harian, pihak polis dikatakan sedang mengesan sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah di sini bagi membantu siasatan seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga lebam di muka dan badan selepas dipukul, dipercayai berebut teman wanita, Ahad lalu.



Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah, berkata mangsa dipercayai dipukul di dalam kelas selepas menjalani aktiviti sukan di sekolahnya kira-kira jam 6 petang.

“Hasil siasatan mendapati, pada mulanya mangsa dipukul serta ditumbuk selain turut disepak beberapa kali oleh seorang lelaki dipercayai akibat berebut teman wanita, juga pelajar sekolah sama.

“Mangsa cuba keluar daripada kelas berkenaan, namun malangnya dipukul pula secara beramai-ramai oleh kumpulan pelajar ini.

“Kejadian itu disedari bapa mangsa yang melihat rakaman video berkenaan tular, sebelum membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, hari ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Abdullah berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan kumpulan pelajar berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Berita baiknya di atas kecekapan pihak polis sekumpulan pelajar ini sudah pun diangkut oleh pihak berkuasa malam tadi untuk siasatan lebih lanjut dijalankan.

Dari rakaman video berkenaan kelihatan sekumpulan pelajar menundukkan wajah masing-masing dan hilang taring semasa membelasah rakan mereka.
Semoga apa yang berlaku jadikan iktibar ya wahai remaja.

Sumber : Berita Harian Online

Published by
Almaswa Haji Che Ros