Tunggu 10 Tahun Orang Sedekah Kerusi Roda! Bapa OKU Baru Pakai 2 Bulan, Anak Jual Sebab Beli Dadah

Share

Betul-betul si tanggang moden.

Di saat seorang ayah memerlukan kerusi roda kerana kedua belah kakinya dipotong, seorang anak sanggup menjual kerusi roda berkenaan semata-mata untuk membeli dadah.

Dalam satu perkongsian oleh Kuan Chee Heng atau popular dengan panggilan Uncle Kentang, aktivis masyarakat ini berkongsi satu kisah yang amat pedih untuk diterima tetapi ia satu realiti yang terjadi dalam masyarakat.

Mungkin geram dengan perlakuan anak kepada lelaki berkenaan yang mesra disapa Daud berasal dari Melaka, Uncle Kentang memuat naik post berbeza beberapa kali tapi masih merujuk kisah yang sama.

Kisah bermula apabila Uncle Kentang memaklumkan pihak mereka telah berjaya membantu seorang OKU yang ketiadaan kaki sebuah kerusi roda elektrik yang boleh digunakan untuk mencari rezeki. Malah ia sebuah kerusi roda elektrik yang telah ditunggu selama 10 tahun berbanding menolak menggunakan tangan. Semasa penyerahan kerusi roda tersebut, ia turut disertakan resit pembelian dan alamat kedai bagi memudahkan anak gadis kepada Daud menghantar ke kedai berkenaan jika kerusi roda itu rosak atau ada masalah teknikal lain.



Tapi malangnya akibat dadah dan pengaruh kekasih, baru dua bulan bapanya mengguna pakai di mana bapanya amat gembira kerana lebih mudah bergerak, anak gadisnya telah menjual kerusi roda elektrik itu ke sebuah kedai Cash Converter dengan memberi alasan bapa ada dua buah dan tak perlukan yang satu itu dengan bantuan kekasihnya yang sama-sama menagih dadah. Lebih kejam lagi apabila duit hasil jualan RM1500 itu digunakan untuk membeli dadah.

Pergh…memang betul-betul anak tanggang moden sungguh.

Apa yang membuat Uncle Kentang dan orang ramai naik marah, apabila anak perempuan Daud awalnya membuat cerita tipu berikutan kerusi elektrik berkenaan hinggalah pasukan Uncle Kentang berjaya mengesan di mana kerusi roda tersebut sebelum ditebus semula oleh Uncle pada harga RM1500 (maklumat di mana kerusi roda berkenaan berada, Uncle Kentang dapat dari geng menghisap juga yang membocorkan maklumat tersebut).

Ikutkan dari perkongsian Uncle Kentang lagi, dia boleh membuat laporan polis dan anak gadis serta kekasihnya ditangkap kerana dadah, tapi ketika berbual dengan Daud yang ketika itu sudah memperoleh kerusinya semula, Uncle Kentang memahami apabila Daud berkata itulah satu-satu anak tunggalnya.

So korang fahamlah ya bagaimana hati seorang ayah. Masih ada belas kasihan pada anak walau anak punyalah serakah perangainya akibat dadah.


Tapi satu ikrar dari Uncle yang kami di REMAJA salute.

MENGAPA AKU TAK BUAT REPOT POLIS BAGI PIHAK DAUD?

AKU JUGA SEORANG AYAH…. AKU MENGERTI. Mana ada ayah nak burukkan anak. Kalau tak sahih anak buat salah, Daud berpesan dalam bisikan. Anak aku seorang aja. Aku faham maksud beliau. Kasih sayang bapa kepada anak. Tak pernah luntur. Saya kalau nak cekup anak Daud cukup mudah tapi ayat ayah dia saya faham. Buat saya hiba. Terkenang arwah ayah saya sendiri. Aku pesan dengan DAUD… TIADA ORANG BOLEH BULI KAU DARI HARI INI KERANA AKU TAK AKAN BIARKAN SESIAPA BERBUAT DEMIKIAN, AKAN AKU LINDUNGI MU SEPANJANG HAYAT SAYA. Aku bukan hero tapi aku ada cara aku berbuat demikian.

Ini kata-katanya. Harap kita semua ada hati yang ikhlas juga membantu orang lain.

Published by
Almaswa Haji Che Ros