Hampir 9 Bulan, Akhirnya Finalis Hero Remaja Farhan Nordin Sambut Majlis Graduasi Dengan Norma Baharu

Share

MAJLIS konvokesyen adalah hari yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pelajar lepasan universiti selepas berjaya menamatkan pengajian. Namun, akibat penularan pandemik Covid-19 yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia semuanya berubah.

Dunia yang masih dilanda pandemik COVID-19 cukup memberi kesan kepada pendidikan tinggi. Kuliah berlangsung secara dalam talian, peperiksaan akhir juga diubah penilaian dan beberapa polisi turut diubah, malah majlis graduasi dan konvokesyen juga dilakukan dengan norma baharu.

REMAJA sempat menemubual melalui telefon salah seorang Hero Remaja 2021 yang turut menghadiri majlis graduasinya semalam iaitu Farhan Nordin.

Finalis Hero Remaja ini berasal dari Muar, Johor dan merupakan seorang graduan jurusan TESL di MSU. Menurut Farhan, majlis konvo kali ini memang berbeza kerana ia diraikan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ketat dan lengkap.

“Yelah kita kan sekarang di musim pandemik Covid-19 yang masih menular dan kita terpaksa hadiri majlis konvo dengan norma yang baharu. Untuk majlis graduasi, saya dapat hari kedua Majlis Konvokesyen MSU. Jadi memang tiada rehearsal langsung untuk mengelakkan kesesakan orang ramai. Selain itu, sepanjang majlis juga diwajibkan memakai pelitup wajah dan hanya dua orang penjaga dibenar masuk ke dewan konvokesyen.”

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Farhan menunggu lebih kurang 9 bulan selepas menamatkan pengajiannya untuk majlis graduasi. Malah, finalis top 12 Hero Remaja bersyukur kerana dapat juga menyimpan momen bahagia bersama keluarga dan rakan-rakan di majlis konvokesyen sedangkan ramai lagi yang tidak berpeluang.

Untuk info, Management and Science University (MSU) kali ini memperkenalkan sistem pensijilan menerusi teknologi ‘Block Chain Certificate’ pada Majlis Konvokesyen ke-28 universiti berkenaan. Menurut Farhan, dia merasakan sistem tersebut sangat parktikal dan bagus kerana bila mengunakan sistem seperti ini ia memudahkan sistem pembayaran secara online.

“Sebab kita tahu yang student datang dari pelbagai negeri so dengan sistem ni, pembayaran boleh dilakukan dengan mudah,” ujar jejaka 23 tahun ini.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan pemilik Bachelor in Education – TESL (Hons) ini beliau menyatakan bahawa dia berniat untuk menyambung pelajaran di peringkat seterusnya disamping akan aktif dalam bidang industri.

Remaja ucapkan tahniah kepada Farhan! Dan bagi pelajar kolej atau universiti di seluruh Malaysia yang juga bergelar graduan pada bulan ini, happy convocation guys!

Published by
Nana