Tiga beradik yang lemas ditelan ombak ketika berkunjung ke Pantai Sura, Dungun selamat ditemui pagi tadi. Apa yang menyedihkan jarak ketiga beradik ini ditemui pada sekitar 1-5 kilometer antara satu sama lain.
Jenazah Nurain Sofia Zawawi, 8, ditemui Pasukan Mencari Dan Menyelamat SAR, pada jam 7.48 pagi dalam jarak 10 meter dari pesisir pantai di kawasan Teluk Gadung dalam keadaan terapung.
Manakala adiknya, Nurain Salsabila Zawawi, 6 tahun ditemui 9.40 pagi kira-kira 1 km dari darat dan terakhir ditemui adalah kakak mereka, Nurain Fatma, 10 tahun yang ditemui penduduk kampung pada jarak 5 km dari lokasi pada jam 11.03 minit pagi.
Suasana sedih kelihatan di mana ibu kesemua anak syurga ini, Nur Syahida Abdullah, pengsan beberapa kali di saat jenazah anak mereka ditemui.
Bapa kepada tiga anak ini, Zawawi Wahab pula berkata, biarpun sedih dengan semua ujian yang menimpa ini di mana kesemua anaknya pergi dalam sekelip mata, namun dia redha dengan ketentuannya dan akan menerimanya dengan tabah.
“Insya Allah anak-anak saya itu akan mendoakan untuk bertemu dengan kami di syurga,” kata Zawawi Wahab, 42, selepas kesemua jenazah anaknya itu ditemui, hari ini.
Zawawi berkata, dia menerima berita berhubung tragedi yang berlaku ke atas ketiga-tiga anaknya itu kira-kira 7 malam semalam.
Ads
“Saya dan isteri, Nur Syahida Abdullah, 35, sangat terkejut menerima berita sedih yang menimpa anak kami dan saya tidak putus berdoa supaya mereka ditemui selamat.
“Kali terakhir saya menemui mereka bertiga pada pagi kejadian ketika saya membawa mereka membeli buku pelajaran,” katanya.
Katanya, selepas menerima berita sedih itu, dia dan isterinya segera bertolak ke Dungun dan tiba di Dungun 1 pagi tadi.
“Ketika itu luluh hati saya dan isteri apabila mengenangkan kesemua anak saya pergi meninggalkan kami sekaligus dalam sekelip mata. Alhamdulillah kesemua anak saya telah dijumpai dan biarpun tidak bernyawa sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka semua,” katanya.
Katanya, mereka sekeluarga baru sahaja pulang bercuti di Hatyai, Thailand, Sabtu lalu.
Ads
“Saya mengizinkan ketiga-tiga anak mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa ahli keluarga lain bercuti ke Dungun selepas dijemput kenalan di sana,” katanya.
“Saya dan isteri tak ikut kerana kepenatan serta terpaksa menyelesaikan beberapa urusan penting termasuk persekolahan anak-anak,” katanya.
Zawawi berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak berkuasa termasuk penduduk kampung yang bertungkus membantu sehingga kesemua anaknya ditemui.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang semalam, tiga beradik yang datang dari Kelantan untuk bercuti bersama ibu saudaranya hanyut ditelan ombak besar ketika bersiar-siar di tepi pantai.
Ads
Ibu pengsan banyak kali
Suasana pilu dan hiba menyelubungi Bilik Forensik Hospital Dungun di mana ibu kepada anak-anak syurga ini kelihatan sangat sedih sehingga pengsan beberapa kali sebaik melihat jenazah ketiga-tiga anaknya diusung anggota polis.
Kesemua ahli keluarganya berada di Bilik Forensik Hospital Dungun untuk menunggu selesai proses bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kesemua jenazah tiga beradik itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. Sebaik selesai proses bedah siasat, kesemua jenazah itu akan dibawa pulang ke kampung neneknya di Rantau Panjang Kelantan untuk dikebumikan,” katanya.
Al-Fatihah untuk anak syurga ini. Moga roh mereka dicucuri rahmat.
Sumber : HARIAN METRO / GAMBAR : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya.
Pengacara televisyen, penulis dan penceramah bebas Malaysia, Amin Idris menempelak sesetengah golongan yang gemar mencetuskan kontroversi kebelakangan ini terutamanya menerusi medium media sosial demi mendaki carta populariti dalam kalangan warganet.
Perbuatan golongan sebegini menampakkan mereka seakan sanggup menggadaikan maruah serta reputasi yang pernah dipegang oleh mereka suatu masa dahulu demi menagih perhatian orang ramai.
Catat Amin menerusi akaun Instagram beliau pada malam Isnin, rakyat Malaysia dirasakannya semakin hari semakin memberi ruang buat golongan tersebut untuk bermaharajalela dengan terus-menerus memberikan mereka perhatian biarpun dipalit negativiti.
“Malaysia ni senang nak jadi famous.
“Buat lagu raya nyanyi sumbang, hina exam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terbaru jadi bapak ayam, zaaaaaasss sekelip mata jadi ‘selebriti’,” catatnya, jelas menyentuh beberapa isu yang dimulakan sendiri oleh golongan berpengaruh kebelakangan ini.
Biarpun tidak menyebut nama individu tertentu, ramai yang dapat mengagak siapakah gerangan tiga orang lelaki yang dimaksudkannya. Meninjau bahagian komen pula, ramai yang bersetuju dengan luahan Amin tersebut.
“Please stop making stupid people famous. Nilai dan ilmu dipandang sepi dan sendu,” simpul personaliti kelahiran Sarawak itu.
Terbaru, sebuat platform web penstriman telahpun dikecam warganet gara-gara menjemput Hot Daddy atau nama sebenarnya, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli yang kini berdepan dakwaan atas tuduhan mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X sebagai tetamunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seseorang yang muda dan berusia di antara usia 17 hingga 25 tahun antara 7 hingga 9 jam sehari. Tapi berbeza buat seorang gadis yang juga seorang pelajar berusia 18 tahun dari Wales di mana dia mampu tidur selama seminggu tanpa bangun.
Ya tidur seminggu tanpa bangun walaupun untuk makan, minum dan ke bilik air!
Hermione Cox-Denning yang berasal dari Aberystwyth, Wales mula mendapati dirinya berdepan kondisi ini sejak tiga tahun lalu. Namun, dia telah didiagnos oleh doktor menghidapi sejenis kondisi kesihatan dikenali sebagai Kleine-Levin Syndrome.
Pada mulanya Hermione menyangka dia hanya deman selesema biasa dan menyebabkan dia berasa mengantuk dan tidur dalam jangka waktu yang lama. Tetapi sebenarnya dia mempunyai kondisi neorologikal yang jarnag berlaku yang menyebabkan dirinya mampu tidur selama berhari-hari.
Dia juga mula perasan jika pada malam sebelumnya dia mengambil minuman keras, ia boleh menjadi ‘trigger‘ kepada tidur yang sangat lama.
“Sebelum ini saya kurang pasti apakah yang menyebabkan saya boleh tidur dalam masa yang sangat lama. Tapi rupanya saya mempunyai kondisi neurologikal yang sangat jarang berlaku. Jika saya minum lebih daripada tiga atau empat minuman ia pasti menyebabkan kondisi ini menjadi lebih teruk,” jelasnya yang turut diberi gelaran Sleeping Beuaty oleh rakan-rakannya.
Ia bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan dan diketawakan kerana kondisi ini memberi impak yang sangat besar terhadap kehidupan harian Hermione.
Sekarang dia berdepan dengan situasi agak sukar untuk mencari kerja dan juga memohon menyambung pelajaran ke universiti atau kolej.
“Memori terhadap episod pertama kondisi ini agak kabur bagi saya. Apa yang saya ingat bila tersedar dan bangun selama beberapa minit pertama ialah berasa sangat keliru. Sepanjang tempoh tidur badan seolah-olah shut down dan tak mampu berbuat apa-apa”.
Hubungan Hermione dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya turut terjejas. ‘Kehilangannya’ selamana berhari-hari membuatkan mereka berasa sangat risau akan keselamatannya. Walhal hakikatnya dia sedang tidur dengan cukup nyenyak.
Ketika peringkat awal ia berlaku, Hermione memberitahu dia ada berjumpa doktor. Dan pada mulanya doktor mengesyaki dia mempunyai masalah kemurungan dan ada isu masalah kesihatan mental.
Selepas beberapa tahun diagnos daripada doktor pakar dikeluarkan pada Mac 2018 dan mendapati ia adalah Kleine-Levin Syndrome.
Disebabkan simptom ini juga hasrat Hwermione untuk melakukan kerja amal di luar negara juga terpaksa dilupakan. Hermione yang bercita-cita menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan veterinari berharap pada suatu hari nanti kondisinya dapat pulih dan dirawat sepenuhnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam Pakatan Harapan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah membentuk barisan kabinet. Demi menghormati manifesto yang dipersetujui, Tun Mahathir telah melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan dan digantikan oleh YB Dr Maszlee Malik.
Turut dilantik dalam barisan kabinet baru 2018 ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor. Sudah tentunya kedudukan Menteri Besar Selangor menjadi tanda tanya siapa yang akan menggantikan tempat Datuk Seri Azmin Ali yang dilihat berjaya memampankan ekonomi Selangor sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia.
Di sebalik lantikan barisan kabinet Malaysia, di media sosial ramai yang tertanya-tanya akan perlantikan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan. Begitu juga kontroversi yang berlaku kepada Dr Maszlee yang dipertikaikan lantikannya oleh Siti Kassim yang agak lantang dalam isu LGBT tetapi ramai melihat Dr Maszlee adalah orang yang paling layak menjadi Menteri Pendidikan.
Turut menyertai kabinet ialah Rina Harun yang menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh Deo yang juga anak kepada mendiang Karpal Singh.
Portfolio Menteri Pengangkutan pula dipegang oleh Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani iaitu Salahudddin Ayub, Menteri Tenaga Manusia, M Kulasegaran dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang dua portfolio iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita & Pembangunan Keluarga.
Sebelum ini, Tun Mahathir turut melantik Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Namun di sebalik semua lantikan itu, ramai tertanya-tanya kenapa tiada wakil suara anak muda iaitu Kementerian Belia dan Sukan yang sebelum ini pernah disandang oleh YB Khairy Jamaludin yang cukup popular dengan program-program anjuran KBS seperti Hari Sukan, Malaysia Fit dan banyak lagi.
Ramai menjangkakan ada YB muda dari Pakatan Harapan yang akan mewakili kementerian terbabit kerana anak muda hari ini dilihat dan disarankan untuk bergiat cergas dalam bidang sukan kerana mereka adalah generasi pewaris negara pada masa akan datang. Namun ketiadaan Kementerian Belia & Sukan ini membuatkan anak muda tertanya-tanya kenapa tiada kementerian yang mewakili diri mereka.
Sebelum ini Tun M pernah berkata, barisan kabinet akan dikecilkan namun tentu ramai tidak menyangkan bahawa TIADA KEMENTERIAN BELIA & SUKAN.
Mungkin hal ini perlu difikir-fikirkan kerana ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam debat sebelumnya berkata mahu memperkasakan e-sport iaitu games yang amat popular di kalangan anak muda seperti DOTA dan sebagainya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, menegaskan bahawa Gegar Vaganza adalah sebuah jenama yang kukuh dan berprestij, yang bertujuan untuk mengangkat semula nama penyanyi...