Kerap Tunjuk Bakat ‘Berlakon’ Mati Di TikTok, Lelaki Ditawar Drama Televisyen CSI:Vegas

Share

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapalah yang tahu..

Siapa sangka usaha seorang lelaki dari Amerika Syarikat kerap memuat naik videonya berpura-pura mati di TikTok telah membuahkan hasil apabila dia  ditawaran berlakon di drama televisyen bersiri iaitu CSI:Vegas.

Dilaporkan, lelaki bernama Josh Nalley yang berasal dari Kentucky ini tidak mempunyai pengalaman dalam berlakon. Namun begitu perkara ini tidak memutuskan semangatnya untuk teruskan lakonan dengan harapan akan ada pihak produksi ingin mengambilnya sebagai pelakon.

Kesungguhan Josh Nalley telah mendatangkan hasil apabila salah seorang produksi daripada drama bersiri jenayah itu mengajak Josh Nalley untuk memainkan watak orang mati dalam episod akan datang.

 

@living_dead_josh #csivegas #fyp #foryoupage ♬ Something in the Orange (Z&E’s Version) – Zach Bryan

Josh Nalley menyatakan, dia mendapat e-mel daripada CBS yang merupakan antara rangkaian televisyen utama di Amerika Syarikat dan memaklumkan bahawa mereka tertarik dengan video TikTok milik Josh membuatkan mereka ingin tawarkannya berlakon.

Pada mulanya Josh Nalley tidak percaya tetapi pihak CBS telah membawanya terus ke California dan berjumpa dengan Mario Van Peebles iaitu pengarah drama CSI:Vegas.

Menurut Josh Nalley, sebab dia ingin berlakon watak orang mati adalah kerana dia tidak suka bercakap di hadapan kamera tetapi watak mati boleh buatkan dia hanya perlu baring dengan mudah.

Senang kerja dia kan..hehe

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana