Nak menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi, kalau kena dengan usaha dan cara, tak ada yang mustahil untuk korang capai.
Seperti apa yang dilakukan oleh Ayu Zule, dia Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 kilogram hanya dalam masa 7 bulan saja.
Sudah tentu pemakanan perlu dijaga dengan baik disertakan dengan exercise. Katanya, 80 peratus penurunan berat perlu dibuat dengan menjaga makan dan 20 peratus lagi datang daripada senaman.
Bila sebut diet mesti orang ingat kena tahan lapar dan makan sikit je. Diet bukan bermaksud korang kena berlapar, cuma kawal portion dan pilih makanan yang sihat.
Kalau nak tahu macam mana wanita ini berjaya turunkan berat badan, lihat saja menu yang dikongsi olehnya ini. Walaupun makanan sihat tapi semuanya nampak menyelerakan.
Lebih baik lagi jika menu-menu ini korang masak sendiri sebab kita tahu bahan apa yang digunakan. Kalau beli di kedai, kita takt ahu apa yang mereka guna untuk hasilkan makanan.
So guys, take note. Cuba jadikan menu-menu ini sebagai rutin makan harian korang nanti. Good luck!
– Biasanya saya ambil smoothie (blend fresh milk 100 ml, air masak 300 ml, rolled oat dan buah-buahan).
– Telur separuh masak bersama roti wholemeal bakar (boleh juga letak cheese atau tuna, bergantung pada selera korang time tu.
Wajib diambil antara main meal. Contohnya saya akan ambil snacking pukul 10 pagi dan 3 petang
Contoh snacking ialah buah-buahan, kekacang dan plain yogurt.
– Brown rice (segenggam je), kadang-kadang makan nasi putih juga (sedikit)
Guna formula #sukusukuseparuh iaitu suku karbo, suku protein dan separuh serat (sayuran dan buah-buahan).
Kalau lunch dah ambil nasi, dinner nanti cuma ambil protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dinner sebelum pukul 8 malam wajib setiap hari.
Ambil sup sayur bersama protein dan buah-buahan. Kadang-kadang ada ambil nasi juga tapi guna formula #sukusukuseparuh.
Saya buat jogging tiga kali seminggu sebelum masuk kerja. Kalau tak jogging saya akan berzumba pada waktu weekend.
Hari yang saya cheat day baru saya ambil menu yang saya craving tu termasuk, ais krim, coklat dan sebagainya. Tapi jangan ambil banyak sebab tak guna kalau korang diet tapi time cheat day makan tak ingat dunia.
Satu pesanan Ayu kalau korang dah kurus dan capai berat badan ideal, jangan berhenti jaga pemakanan dan exercise. Jaga pemakanan kea rah yang lebih sihaty sebab banyak sangat manfaat yang korang akan dapat seperti lutut dah tak sakit, paha dah tak bergesel dan naik tangga pun tak mengah.
Ok berikut kami sertakan gambar-gambar menu yang diambil oleh Ayu sepanjang proses menurunkan berat badan. Katanya lagi, menu ni pun tak berapa nak clean dan dia tak strict sangat. Diet ni ikut badan dan tekak masing-masing juga. Paling penting korang kena tahu berapa jumlah kalori sehari yang patut diambil.
Nampak sedap kan? Siapa kata makanan orang diet tak best?