Turun 4KG Sepanjang PKP, Dato Hans Isaac Share Tip Sihat

Share

Sejak arahan Perdana Menteri untuk rakyat duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak COVID-19, 18 Mac lalu, pelbagai cara ditemui netizen untuk mereka menggunakan waktu yang terluang di rumah.

Ketika ramai yang berkerja dari rumah, memasak atau melakukan kerja-kerja rumah, manakala juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020 mengambil peluang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Pengurusi Finas, Dato Hans Isaac menggunakan akaun Instagramnya baru-baru ini ada memuat naik satu gambart yang sedang berpeluh seperti baru sahaja melakukan senaman.

28 days home work out and managing my food . Tak lupa minum air selalu . From 85kg down to 81kg . Target 80kg !

Dato Hans Isaac melakukan aktiviti bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Menurutnya, berat badannya turun sebanyak empat kilogram (kg) selama 28 hari berada di rumah dalam tempoh PKP.

“28 hari bersenam di rumah dan mengamalkan pemakanan sihat. Tak lupa minum air selalu. Dari 85kg turun ke 81kg. Target nak turun sampai 80kg,” katanya.

Perkongsian ini turut  mendapat perhatian pengikutnya yang mengakui ia memberi aspirasi kepada mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat walaupun berada di rumah.

So korang yang duduk dirumah masa PKP ni boleh la tiru Datuk Hans amalkan gaya hidup sihat. Okay penulis pun cuba la turunkan berat badan.hiks

Sumber : Instagram Hans Isaac

 

Published by
Nana