Hiburan

Turun KL Selepas 10 Tahun, Konsert CNBLUE April Ini Akan Gamit Kenangan Peminat ‘OG’ K-pop

Share

Sebagai salah satu tunjang generasi kedua dunia hiburan K-pop, kumpulan pop rock dari Korea Selatan, CNBLUE tentunya masih berbekas di minda (dan hati) para peminat mereka.

Setelah hampir sepuluh tahun menantikan kemunculan mereka semula, akhirnya CNBLUE bakal kembali ke Malaysia pada bulan April! Ia bersempena jelajah Asia 2024 CNBLUE Live ‘CNBLUENTITY’ dan Mega Star Arena, Kuala Lumpur merupakan salah satu destinasi terpilih pada kali ini.

Kehadiran grup yang dianggotai oleh Yonghwa (vokalis utama & gitar), Minhyuk (pemain dram) dan Jungshin (pemain bass) pastinya akan menggamit semula kenangan peminat OG dan setia K-pop di Malaysia yang sekian lama masih mendengarkan lagu-lagu hit seawal era 2008 hinggalah sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi Lagi, CNBLUE Jonghyun Umum Keluar Band! – REMAJA

Menariknya mengenai konsert kali ini, CNBLUE bukan sekadar menghiburkan peminat dengan lagu-lagu baharu mereka kepada BOICE, malah korang juga dijanjikan lagu-lagu lama yang selama ini menjadi siulan ramai seperti I’m a Loner, I’m Sorry, Love

dan Can’t Stop.

Bagi korang yang tidak sabar lagi untuk mendapatkan tiket, ia telahpun dijual sejak 29 Februari dan ia terbahagi kepada beberapa zon iaitu BOICE, THEN, NOW dan FOREVER.

Tidak kiralah korang memilih zon yang mana sekalipun, pengunjung dijanjikan akan membawa pulang barangan ‘momento’ rasmi daripada konsert tersebut seperti lanyard berlamina, poster yang telah ditandatangani dan sebahagian juga berpeluang menonton CNBLUE ketika sesi soundcheck!

Kepada yang telah mendapatkan tiket 2024 CNBLUE Live ‘CNBLUENTITY’, jumpa korang di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 20 April kelak jam 8 malam ya!

BACA LAGI: 5 Fakta Tentang n.SSign, Grup K-pop Rookie ‘Cover’ Lagu Pujaanku Oleh Masdo – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ