Turun Sepantas 6 Kg Dalam 2 Minggu? Alatan Besi Ini ‘Paksa’ Individu Turunkan Berat Badan

Share

Sudah lebih kurang dua bulan masyarakat di Malaysia terpaksa terperuk dirumah atas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (3.0). Macam mana dengan berat badan korang? Makin bertambah atau berkurang? Hiks!

Nah, disini kami nak kongsikan sebuah kisah benar (hehe) tentang penurunan berat badan oleh satu alat untuk mengurangkan obesiti global yang menggunakan magnet besi di gigi.

The University of Otaga bersama penyelidik dari UK telah mencipta satu alat untuk mengurangkan obesiti global yang menggunakan magnet.

Alat yang diberi nama DentalSlim Diet Control itu diletakkan pada satu gigi atas korang, dan satu di bawah, dan ianya berfungsi dengan hanya membenarkan korang membuka mulut seluas 2mm, jadi korang hanya boleh makan, dan minum benda-benda yang berbentuk cecair.

 

Tapi korang jangan risau, berdasarkan perkongsian, difahamkan alatan magnetik ini tidak akan menganggu pengguna dalam bercakap dan bernafas.

Bagi mereka yang memang ingin mencuba semata-mata untuk mengurangkan berat badan pula, alat tersebut hanya akan diberikan untuk jangka masa sementara bagi tujuan membentuk tabiat makan yang lebih sihat dan mengurangkan kadar kalori yang diambil setiap hari.

Menariknya, mereka yang telah mencuba alat tersebut dapat mengurangkan purata berat 6kg dalam masa dua minggu dan merasa lebih bermotivasi untuk meneruskan perjalanan menguruskan berat badan kerana dapat melihat hasil dengan ketara. Wow!

Tapi, korang jangan memandai-mandai berniat nak pasang sendiri. Alat tersebut hanya akan dipasang oleh doktor gigi, namun ianya boleh dicabut dan dipasang semula sendiri oleh pengguna dengan menggunakan alat tertentu. Macam braces pula eh?

Published by
Nana