Tutorial DIY Kad Jemputan Kahwin Guna Printer Di Rumah Sahaja, Lebih Mudah & Murah

Share

Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil sekarang, seboleh-bolehnya kita mahu berjimat cermat dan tidak ingin melakukan sebarang pembaziran.

Di musim pandemik ini juga, ramai yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan tetapi memikirkan soal ekonomi sekarang, mungkin ada juga yang sedang ‘berkira-kira’ bajet perkahwinan yang akan dibelanjakan.

Jangan risau guys, kami cuba untuk mengurangkan sedikit kos korang dengan memberikan tutorial yang telah dikongsi oleh Kamariah Mohd Pauzi tentang DIY kad kahwin yang menjimatkan dan pastinya mudah untuk disediakan.

Jika korang mempunyai printer di rumah, memang berbaloi sangat untuk membuat DIY kad kahwin ini. Kos kasar sekeping kad adalah lebih kurang RM0.075 dan 400 keping kad jemputan kahwin hanya mengeluarkan belanja RM30 sahaja. Itu pun mengambil kira harga kertas kraf (craft paper/brown paper) dan ink hitam (refill).

Korang juga boleh beli bahan-bahan secara online di Shopee. Kertas kraf 175gsm 100 keping baru berharga RM20, ink hitam 100ml (refill) dengan harga RM5. Sekeping kertas kraf saiz A4 boleh menghasilkan 4 keping kad bersaiz 4R. Ink yang digunakan pun tak banyak, ada banyak lebihan ink.

Kalau korang berminat, apa kata kita lihat tutorial yang telah dikongsi ini.

Terus pilih template dan jenis saiz yang korang nak. 1 kertas A4 boleh memuatkan 4 keping kad jemputan

Set margin kepada Narrow dengan ukuran 0.25 inci atas bawah kiri kanan

Masukkan border yang dah cari dan save sebelum ni. Dekat google banyak website yang menyediakan border bunga yang cantik-cantik

Adjust bunga ngam-ngam dalam box, kemudian masukkan Text Box untuk taip TAJUK KAD

Font yang disediakan adalah terhad, korang boleh  di dafont.com

Dah siap buat tajuk depan kad, duplicate page 1 sampai 4 sebab korang nak sekeping A4 untuk dapat 4 kad jemputan

Save kemudian buat kad bahagian belakang pula. Step yang sama, buka Publisher, pilih template dan saiz, set margin narrow

Masukkan peta lokasi. Boleh lukis guna powerpoint, rujuk disini

Macam kad bahagian hadapan, duplicate kad belakang daripada page 1 sampai jadi 4 page semuanya

Save dan boleh buka dan print

Print hitam putih sahaja. Print depan terlebih dahulu ikut kuantiti yang dikehendaki. Nanti dah siap print bahagian depan, masukkan balik kertas ni ke dalam tray printer. Untuk print kad bahagian belakang pula

Print kad bahagian belakang pula. Sedikit tip, kalau print dalam kuantiti yang banyak, bagilah printer berehat sekejap. Jangan direct print sebab takut printer meragam pula

Siap! Boleh potong guna paper cutter. Jangan risau, kad saiz 4R ni nampak sahaja kecil tapi sebenarnya boleh saja baca tulisan kad jemputan tu.

Hm, nampak macam mudah kan? Selamat mencuba!

Sumber: Kamariah Mohd Pauzi

Published by
Noor Ain Norman