Sering kali kita mendengar lagu di telefon pintar menerusi aplikasi mahu pun YouTube. Namun, sudah tentu penggunaan ini memerlukan data internet untuk melayari aplikasi-aplikasi tersebut.
Bagi individu yang menggunakan iPhone, apa kata korang download sendiri lagu di telefon pintar supaya boleh menikmati muzik pada bila-bila masa sahaja tanpa memerlukan internet.
Bagaimana caranya?
Jom kita ikut tutorial yang telah dikongsi di laman Facebook ini.
1. Buka Settings
2. Pilih Safari
3. Kemudian, scroll ke bawah dan cari Downloads
4. Pilih ‘On My iPhone’
5. Selepas itu, pilih Others
6. Dan pilih Downloads
7. Buka YouTube, pilih lagu yang korang nak download dan tekan titik tiga seperti dalam gambar
8. Klik Share
9. Copy link
10. Buka Safari dan pilih music downloader ikut pilihan korang
11. Kemudian, convert
12. Tekan Download
13. Selepas berjaya dimuat turun, lagu tersebut akan ke Files App
14. Tadaa, selesai. Bolehlah korang dengar lagu tanpa memerlukan data internet. Hiks!
Selamat mencuba!
Sumber: John Smith Perozo