Menjadi kelebihan seorang perempuan bila ada yang mempunyai kemahiran dan minat dalam bidang jahitan. Tidak semua wanita suka menjahit, tetapi jika korang boleh menjahit, ia merupakan satu kelebihan besar yang ada dalam diri.
Bayangkanlah harga sepasang baju yang dijual dikedai mencecah ratusan ringgit, itu belum termasuk design yang fancy dan macam-macam lagi. Kalau tak harganya RM400 ke RM500 memang tak sah.
Jadi, bagi mereka yang mempunyai kemahiran menjahit pastinya jadi lebih mudah kerana boleh buat semuanya sendiri.
Cuma, korang kena cari pola yang bersesuaian untuk menjahit mengikut rekaan yang diperlukan.
Kali ni, kami nak kongsikan tutorial kain duyung ruflle daripada Anida Aliyas Anida yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk korang. Nampak macam mudah je. Kalau tak boleh menjahit sekali pun, mungkin korang boleh tunjuk pola ini pada si tukang jahit.
Kain bidang 45’’ 3 meter
Kain bidang 60’’ 2.5 meter
1. Potong radius tersebut sebab nak bagi ruffle
tu flowy. Kalau nak ruffle yang banyak, besarkan alunan radius tu2. Pastikan bahagian kain ini disebelah luar. Sesuaikan dengan jenis kain yang korang pilih. Bahagian cantik, haruslah diluar
3. Jahit baby seam terlebih dahulu pada ukuran ini dan kemudiannya, jahit setengah seperti dalam gambar
4. Bila dah cantum, ia akan jadi seperti ini
5. Susun ruffle bila dah siap cantum. Bahagian atas akan jadi seperti itu dan korang kena potong bagi sama rata
6. Lihat betul-betul susunan ruffle
tersebut7. Potong bahagian atas tadi, bahagi sama rata dan selepas itu, jahit seperti biasa
8. Siap!
Okay, basically ni tutorial untuk membuat ruffle pada kain duyung. Korang boleh pilih nak guna material dan corak kain mengikut taste masing-masing.
Kalau beli dekat butik, kain macam ni confirm harga nak cecah RM100 kan?
Selamat mencuba!