Tutup Atau Gali Lubang Buat Loan, Apa Perasaan Bila Muflis? Baca Kisah Benar Ni

Share

Ramai yang sering membeli barangan tanpa sedar walau pun itu hanyalah keperluan bukannya kehendak. Apabila tiada duit, perkara paling senang adalah mohon kad kredit dan buat bayaran sedikit demi sedikit. Tanpa sedar inilah detik permulaan ke arah di isytiharkan muflis.

Data pengkalan menunjukkan 41 orang anak belia diistiyharkan muflis berumur di antara 21-40 tahun setiap hari kerana kurangnya pengetahuan tentang urusan kewangan. Antara punca muflis di kalangan anak muda ialah berkaitan urusan jual beli kereta, kad kredit dan jual beli rumah. Adalah bahaya jika 30 peratus dari jumlah pendapatan digunakan untuk membayar hutang.

Buat anak muda, mungkin kisah akak ni, Azrina Ariffin boleh dijadikan pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berbelanja atau membuat sebarang pinjaman. Mungkin korang biasa dengarkan, tak kisah adik beradik, time ada duit semua orang sayang, tapi bila tak ada duit umpama macam pengemis. Baca kisahnya dengan pandangan mata hati dan ambil nilai yang dia ingin sampaikan semasa dia menulis kisahnya.

Semoga kisahnya dijadikan pedoman.

Mesti orang tanya aku bagaimana aku muflis. Semua orang tahu aku muflis sebab aku share dalam FB (gelak sinis) tapi aku tak pernah cerita sebab apa. Kali ni aku rasa nak cerita. Asalnya aku kerja Kerajaan. Orang tua dulu-dulu mind set masuk gomen sebab senang buat hutang.

Otak aku dah diajar macm tu. Kerja gomen buat loan. Loan pertama aku dengan Bank Rakyat, dapat duit aku buat lesen memandu tapi gagal. Lebihan tu bagi mak ayah..nak gembirakan dorang.

Seterusnya buat loan lagi sebab Ayah suruh. Beli kereta tapi kena tipu…owner used car mampos..duit tak dapat. Kereta yang aku beli rupanya dia tak tukar nama. Masa pengebumian owner used car tu ayah aku datang mengamuk-ngamuk minta duit tapi nak buat macamana. Habuk pun tak dapat.

Orang datang baca Yassin kau dapat maki hamun. Jawablha dalam kubur. Loan seterusnya aku buat sebab ayah buat car loan guna nama aku then tak lepas bayar kereta. Nak  tak nak aku terpaksa buat loan lagi dalam 30k sebab nama aku dalam senarai blacklist.

Aku tak pakai kereta tapi aku yang kena. Sedih tapi aku terpaksa juga bayar. Seterusnya bekas adik ipar aku beli kereta second hand, aku gerentor. Sekarang dia dah kahwin lain siap dia dengan bini baru dia buat aku musuh hahaha.

Dulu masa ko susah AKAK nilah yang selalu datang hulur bantuan dan dengan adik aku tak bayar sesen pun. So aku masuk dalam statistik pemuflis di Malaysia. Bangga siot. Even aku pun ada buat loan sebab nak tutup loan-loan lama. Kereta yang tak dibayar tu dah  jadi tukun pon.

Memang aku ungkit. Loan lain aku ada buat dan bayar pengajian adik aku masa dia nak masuk asrama. Mak ayah tak mampu. Aku sendiri belajar dulu pon, aku kerja kedai makan nak bayar yuran.

Aku pernah buat loan dan bagi adik 1k. Sebab aku fikir aku sayang adik aku..anak-anak sedara aku  tak mkn tapi natijahnya bila aku susah aku jadi pemgemis nak minta hutang balik. 1k tuh aku cakap PINJAM tau end up….habok pun tak ada. Saat susah aku bagi pndahuluan masuk rumah dengan syarat bayar. Sekali laig aku jadi pengemis sampai gaduh terok. Tahu tak natijah muflis? Aku tak ada akaun bank hingga aku tak boleh mohon kerja.

Cuckoo terminate aku. Komisen cuckoo pun dekat 6 bulan baru dapat. I’m suffered. Lama aku naik turun insolvensi sebab aku tak ada duit nak pi sana. Alza aku ditarik sebab aku jobless. Aku takboleh pun beli kereta  dan terpaksa guna wira yang uzur ni.

Sakit Wira ni Allah je tahu sampai aku berhenti kerja sebab asyik rosak. Saham aku..dividen aku dibekukan. Ganjaran aku dari kerja kerajaan pun di bekukan. Aku dapat offer kerja di Travel and Tour tp masih lagi KIV sebab aku ada masalah nak pi overseas sebab aku muflis.

Even SSM pun aku  tak layak buat sebab aku MUFLIS. Nak minta ada akaun bank balik ingat mudah ke…aku tepaksa cari kerja yang mana company tu kena keluarkan offer letter baru aku layak ada akaun bank semula di bawah pengawasan JABATAN INSOLVENSI. Tapi punca utama aku berhutang sebab nak tutup semua lubang hutang.

Aku cuma nak dunia tahu sebab aku sayag adik-adik dan famili aku. Aku berhutang. Hasil muflis adalah TANDA KASIH SAYANG AKU dan aku berkorban. Terima kasih biarkan aku jaid pengemis. Pengajaran. Sayangkan adik-adik, famili boleh tapi jangan sampai makan diri.

Last….org Malaysia memang terror bab buat loan. Kalau sayang emak ayah adik buat loan. Bior PAPA ASEY BERGAYE. Silap aku dulu baik hati pon ye. Kesian sangat. Kalau masok gomen sebab senang buat loan rentikanlah.

Yang Letih Dihena

Published by
Almaswa Haji Che Ros