Tutup Media Sosial Dan Korban Waktu Remaja, Pelajar Gembira Hasilnya SPM Cemerlang

Share

Hubungan antara Internet dengan manusia terutamnya para remaja pada zaman yang serba digital ini bagaikan isi dan kuku, tidak dapat dipisahkan kerana terlalu bergantung dengan kemudahan tersebut.

Foto Via Pexels

Tidak dapat dinafikan, banyak hal positif yang boleh diperoleh ketika melayari Internet, namun terdapat juga kesan negatif dalam kemudahan yang disediakan di seluruh dunia itu. Secara logiknya, kita tidak dapat mengawal semua aktiviti yang dilakukan oleh orang di sekeliling ketika menggunakan perkhidmatan tersebut kerana setiap individu mempunyai hak masing-masing.

Namun, pelajar-pelajar ini nekad untuk menutup media sosial dan mengorbankan waktu remaja dengan belajar tanpa henti. Penghorbanan mereka berbayar apabila mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Semua penat lelah belajar sejak Tahun 6 berbaloi apabila A Shrreya, 18, dinobatkan antara pelajar cemerlang di Selangor apabila memperoleh gred cemerlang tinggi iaitu 10A+.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman itu berkata, sejak berusia 12 tahun dia mengorbankan masa mudanya dengan belajar tanpa henti demi mengejar cita-cita.

Foto Via Kosmo

“Sebaik angka giliran saya diumumkan sebagai pelajar terbaik, saya betul-betul terkejut dan tidak menyangka sejauh ini pencapaian diperolehi.

“Namun, pastinya pengorbanan ini berbaloi apabila saya melepaskan banyak hiburan dalam hidup antaranya media sosial, bercuti, menonton televisyen dan keluar dengan rakan lain,” katanya ketika ditemui dalam pengumuman keputusan SPM oleh Pengarah Pendidikan Selangor, Rohayati Abd Hamed di sekolah berkenaan, hari ini.

Anak kepada pekerja swasta dan guru itu berkata, belajar menerusi hibrid ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga antara cabaran yang perlu dilalui oleh semua calon SPM tahun lalu.

“Belajar secara dalam talian berbeza dengan bersemuka. Jika dulu tidak faham, kita terus berjumpa guru untuk bertanyakan soalan.

“Namun saya bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan sangat luar biasa seperti guru, guru tuisyen, keluarga dan rakan yang begitu memahami betapa saya suka belajar,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi doktor gigi.

Untuk info, seramai 1,803 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di Selangor memperoleh keputusan cemerlang A+,A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Sumber : 1

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana