TV3 Dedah Adegan Panas ‘Perempuan Itu..’ Tidak Mendapat Kelulusan Stesen

Share

 

Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah membuka mulut mengenai isu adegan panas bagi drama Perempuan Itu yang tular di media sosial sejak Jumaat malam.

ARTIKEL BERKAITAN : Nama Siti Hariesa Tular Selepas Zul Ariffin Muat Naik Klip Panas – REMAJA

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh TV3 lewat malam tadi menerusi akaun media sosialnya, ia memandang serius akan kontroversi yang tercetus ini dan mengambil berat akan suara serta pandangan masyarakat yang terkejut dengan klip acah (teaser) drama itu setelah ia dimuat naik oleh salah seorang pelakonnya, Zul Ariffin.

“Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi.

“Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).”

Tambah mereka lagi, stesen televisyen itu juga selalu mengingatkan semua pihak meliputi produksi dan para pelakon supaya lebih peka kepada tindak-tinduk yang dilakukan.

“Mereka yang terbabit itu perlu menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya,” catat mereka.

Sumber Foto : Instagram

Menerusi ruangan komen, warganet menyokong kenyataan yang dikeluarkan itu dan berharap agar tindakan serius dikenakan kepada pihak berwajib kerana telah merendahkan martabat karya seni tempatan dengan melanggar norma sensitiviti masyarakat di Malaysia.

Adakah drama Perempuan Itu masih akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini mengikut perancangan?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
FZ