Sejak pertengahan tahun ini lagi, peminat tegar kumpulan K-Pop perempuan, TWICE sudah tak sabar menunggu kehadiran mereka ke Malaysia sempena konsert debut, malam ini.
Menggelarkan diri sebagai ONCE, para peminat bagaimanapun hampa apabila mengetahui bahawa konsert ‘TWICE 2ND TOUR TWICELAND ZONE 2 : FANTASY PARK’ yang dijadualkan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam itu, terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.
Berita pembatalan konsert oleh pihak penganjur, IME Malaysia dan pihak pengurusan JYP Entertainment amatlah last minute
sedangkan ramai peminat dan media asing dari luar Kuala Lumpur dan luar negara telahpun berkumpul di sini.Malah, kumpulan TWICE sendiri telahpun selamat tiba di Kuala Lumpur semalam! Hari ini, visual video dan foto mereka meninggalkan Lapangan Antarabangsa KLIA jam 2 petang tersebar luas di internet.
Sambil memakai kain batik, TWICE tak putus-putus memohon maaf atas isu ini. Malah, ada juga ahli TWICE yang dilihat menangis di KLIA kerana terharu dengan sokongan peminat yang mengiringi mereka pulang.
Pembatalan konsert tersebut adalah berikutan isu keselamatan berkaitan pentas dan venue di Stadium Melawati, Shah Alam.
“Kami terkilan konsert TWICE terpaksa dibatalkan. Kami meminta agar kamu memahami mengapa keputusan ini harus diambil demi keselamatan artis dan penonton.
“Kami benar-benar sedih untuk menyampaikan berita ini,” kata notis yang disampaikan oleh JYP Entertainment.
Buat masa sekarang, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak IME Malaysia berkenaan urusan menebus semula harga tiket.
Sementara itu, ONCE tak terlepas daripada menyatakan rasa kecewa mereka di media sosial. Ini adalah sebahagian daripada tweet yang sempat dirakam.
Datang Kembali Selepas PT3
Sedih Untuk TWICE
“Sayang Awak Juga”
Ramai Sangat Fans Di Airport
Termasuklah Fanboy!
Jumpa Lagi Di Malaysia
Khabarnya, IME Malaysia sedang memujuk JYP Entertainment untuk membawa TWICE ke Malaysia semula dalam masa terdekat.
Harapnya, isu keselamatan dapat dipertingkatkan selepas ini dengan lebih efisien.