Bagi peminat bintang K-pop, pastinya korang masih ingat tentang kematian seorang bekas ahli kumpulan f (x) yang juga merupakan penghibur dan pelakon, Sulli.
Kejadian yang berlaku kira-kira setahun yang lalu menggemparkan industri K-pop apabila rakan sekerja Sulli menjumpai mayatnya di apartmentnya. Dikatakan juga bahawa penyanyi ini mati bunuh diri kerana tekanan hidup.
BACA: Bintang Korea Sulli Ditemui Mati, SM Entertainment Masih Belum Beri Kenyataan Rasmi
Sempena setahun pemergian bintang Korea itu, peminat-peminat K-Pop telah menyatakan betapa mereka merindukannya melalui hashtag #Remember_Sulli yang kini telah ‘trending’ di Twitter.
Sumber: Twitter
Sulli membuat kemunculan pertama dalam industri hiburan pada tahun 2005 sebagai pelakon kanak-kanak dan memulakan karier nyanyiannya sebagai ahli kumpulan f (x) pada 2009.
Pernah menceritakan bahawa dia mengalami kemurungan dan fobia sosial ketika dia masih muda lagi. Sulli juga mengaku bahawa dia merasakan tiada siapa memahami dan berpihak kepadanya. Semua ini telah diberitahu dalam salah satu rancangan realiti pada tahun 2018.
Apabila berita Sulli dilaporkan mati akibat kes bunuh diri, ramai yang terkejut dengan insiden tersebut. Ramai beranggapan awal bahawa dia masih tak dapat membendung rasa stres kerana kecaman. Tak kurang juga yang beranggapan dia bersedih kerana kehilangan orang yang rapat dengannya seperti ahli kumpulan shiNEE, Jonghyun yang mati akibat bunuh diri pada Disember 2017.
“Suami Dukung & Mandikan, Tukarkan Pad Kala Haid,” Ternyata Cinta Sejati Masih Wujud
Ramai yang masih tak boleh move on dengan drama Jangan Benci Cintaku. Ramai sangat yang membenci watak Husna kerana menggoda Shah yang dilihat agak lemah pendirian. Rasa kasihan pada Fika membuatkan ramai memberi pendapat dan membenci wanita perampas.
Kala kita memikirkan wujudnya wanita perampas rumahtangga orang lain tetapi bagi yang mencari bukti masih wujudnya kisah cinta sejati, kisah rumahtangga dibina oleh Muhammad Jefri Abdullah, 43 dan isterinya, Roszanika Abdul Karim, 39 tahun adalah buktinya.
Mungkin amat jarang untuk menemui lelaki baik tetapi ternyata lelaki baik itu masih ada dan buktinya kualiti itu ada pada Muhammad Jefri. Dia rela hati mengahwini isterinya, Ros sejak 10 tahun lalu selepas bertemu hanya sekali biar tahu keadaan fizikal isterinya itu sudah tidak sempurna pada kali pertama mereka bertemu.
Dalam keadaan susah hendak duduk tegak, perlu mengereng setiap masa, dunia Ros bukanlah terlalu indah kecuali hatinya sentiasa dibungai dengan rasa cinta.
Jefri hanya bekerja di kedia menjual perkakasan DIY terletak kira-kira 200 meter dari bilik berukuran 10X10 yang mereka sewa dengan kadar RM350.00 sebulan di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Bilik terlalu sempit itu hanya muat sebuah tilam berukuran queen size, tiada almari, tiada rak dan segalanya hanya di atas lantai. Tilam pula tidak boleh terlalu tebal kerana sukar dilipat kerana di ruang sempit itulah mereka perlu lakukan semuanya termasuk solat.
Usah berangan hendak masak, ke bilik air pun Ros perlu didukung. Suaminyalah yang memandikan, membersihkan najisnya kala dia membuang air besar, memakaikan dia pad kalau dia datang haid. Segala-galanya bergantung pada suaminya yang akan membelikan dia sarapan sebelum ke tempat kerja.
Tengahari pula suaminya akan pulang seketika untuk menghantar makanan tengahari. Bersihkan dirinya apa yang patut sebelum ke tempat kerja semula. Kalau kala itu, dia sudah membuang air besar di dalam lampin pakai buang, dia perlu menunggu suaminya itu pulang untuk membersihkannya. Rutin ini sama di laluinya sejak 10 tahun lalu.
Tiada perubahan pun kecuali tulang belakangnya semakin membengkok dan dia semakin sukar untuk duduk tegak berbanding masih boleh lagi berbuat demikian di usia mudanya.
Kata Ros, dia sama sekali tidak menyangka akan bertemu jodoh.
“Siapa nak orang cacat. Cacat yang memerlukan orang membantu setiap masa. Tapi saya bersyukur abang menerima saya walaupun berkali-kali saya bertanya adakah dia benar-benar nekad dengan keputusannya.
“Ternyata Allah menjodohkan kami biar baru kenal. Pertemuan ini juga agak unik. Saya ketika itu bertemu abang ketika mengikut kawan ke Kuala Lumpur. Kawan-kawan kasihan melihat saya terperuk di rumah di Negeri Sembilan. Mereka kata mahu tolak kerusi roda saya membolehkan saya melihat bandaraya Kuala Lumpur.
“Tapi ternyata untuk pertama kali melihat dunia luar itu, Allah temukan saya dengan insan hebat yang menyayangi saya selagi hayatnya. Abang jatuh hati dan kemudian dia meminta nombor telefon saya.Tiga bulan kemudian, dia sudah memeluk agama islam dan melamar saya di kampung.
“Inilah jodoh kami, saya harap ianya ke akhir hayat kerana saya sudah tidak mampu menguruskan diri sendiri. Lagipun adik-adik sudah membuang diri saya semasa mak ayah sakit lagi. Kata mereka, kalau orang tua tak ada, mereka akan hantar saya ke rumah kebajikan. Kala inilah abang hadir dan membawa saya dalam kehidupannya,” katanya sambil menangis.
Tangisannya kerana dia berasa terlalu sedih kerana semenjak berkahwin, biar dirinya anak sulung tetapi adik beradiknya langsung tidak pernah menjenguknya, seolah-olah dirinya tidak wujud. Sedih kerana Allah menghantar “malaikat” di saat dia dalam kesusahan yang mana akhirnya “malaikat kecil” inilah yang menjaganya dengan sepenuh hati, menguruskan dirinya umpama anak kecil yang memerlukan seribu perhatian. Bukan dia tidak cuba melakukan tugas-tugas seorang isteri iaitu menjaga makan minum suami, memasak, mengemas, membasuh tetapi kudratnya amat terbatas kerana dirinya sendiri minta dibantu.
Kata Ros dia jarang dapat berkomunikasi dengan orang luar kerana dunianya hanya dalam bilik sempit ini sahaja.
Sambil cuba menunjukkan dirinya berbaring, ternyata tulang belakangnya yang yang agak bengkok membuatkan dia terlalu sukar untuk tidur menelentang, sebaliknya perlu mengereng.
Di sebalik kisah cinta pasangan ini, apa yang mula membuatkan hati kecilnya risau ialah berkenaan pekerjaan suaminya yang bakal ditamatkan dalam tempoh terdekat kerana ada lebihan pekerja.
“Saya memang dapat duit bantuan dari JKM dan duit itulah digunakan untuk menampung perbelanjaan sehariannya yang mana saya perlu memakai lampin pakai buang setiap masa.
“Tapi bila abang diberhentikan, saya memang buntu kerana kami hilang sumber pendapatan,’ katanya memaklumkan gaji suaminya tidak banyak mana kerana hanya sebagai pembantu kedai sahaja.
Di sebalik wujudnya cinta sejati tetapi pasangan ini juga amat memerlukan bantuan kewangan dari orang ramai bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan selain membolehkan Jefri mencari pekerjaan baru.
Bagi yang ingin membantu pasangan ini dengan memberikan bantuan kewangan, boleh salurkan ke akaun CIMB 7624689924 atas nama Roszanika Abdul Karim atau sampaikan sumbangan terus ke bilik mereka duduki di No 47 B, Tingkat 2, Jalan Indah 1/23, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur.
Atau kalau ada yang boleh menawarkan pekerjaan kepad Jefri, boleh salurkan maklumat terus kepadanya di talian 017-3669174.
Tahniah! Politeknik Malaysia Rangkul 9 Pingat Emas Di 23rd FIRA RoboWorld Cup 2018
Pertama sekali REMAJA ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Politeknik Malaysia dan pelajarnya yang telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa selepas menggondol sejumlah 14 pingat di 23rd FIRA RoboWorld Cup 2018!
Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dan wanita Politeknik Malaysia dilaporkan telah selamat pulang ke tanah air semalam.
Kejayaan meraih sebanyak 9 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa turut mencuri perhatian Menteri Pendidikan, Maszlee Malik. Beliau telah memuat naik ucapan tahniah menerusi Twitter-nya.
“Politeknik Malaysa sekali lagi mengharumkan nama negara dengan merangkul 14 medal di 23rd FIRA RoboWorld Cup 2018 di University of Feng Chia, Taiwan. Kemahiran dan pengetahuan kalian dalam teknologi robot begitu membanggakan. Tahniah semua dan saya doakan kalian terus berjaya”.
Ini bukanlah kali pertama pasukan Politeknik Malaysia meraih kejayaan seumpama ini. Pada kejohanan edisi 2016 yang berlangsung di Beijing, China pasukan negara berjaya merangkul sebanyak 18 pingat dengan 6 pingat emas, 8 pingat perak dan empat pingat gangsa.
Manakala pencapaian pada tahun lalu yang berlangsung di Kaohsiung, Taiwan, skuad negara membawa pulang sebanyak 4 pingat emas.
Kejayaan meraih 9 pingat emas pada edisi kali ini membuktikan peningkatan yang cukup ketara telah berjaya dipamerkan oleh mereka. Mereka yang layak digelar Wira dan Wirawati negara di kejohanan bolasepak robot ini merrupakan inspirasi buat golongan remaja dan muda yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan robotik.
Antara pingat emas yang diraih oleh Politeknik Malaysia di kejohanan terulung ini ialah menerusi kategori Hurocup Triple Jump, Androsot Soccer dan Robosot Soccer.
Untuk pengetahuan kamu, Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) telah mula menganjurkan pertandingan bolasepak robot dan beberapa jenis sukan robot yang lain bermula dengan edisi pertamanya pada tahun 1996.
Matlamat utama FIRA ialah untuk menggalakkan kajian dalam bidang robotik, penbelajaran mesin, visi komputer dan kecerdasan buatan (A.I) dengan menggunakan robot sebagai platform utama. Manakala matalamat kedua mereka pula menggalakkan pelajar dalam bidang teknologi kejuruteraan mencabar kreatviti serta menyediakan mereka dengan pelbagai cabaran sebelum melangkah ke dunia kerjaya.
Sekali lagi, setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Politeknik Malaysia di atas kejayaan ini. Semoga kejayaan luar biasa ini menjadi inspirasi buat pelajar-pelajar dan juga golongan remaja yang mempunyai aspirasi serta cita-cita dalam bidang robotik.
Foto: Politeknik Malaysia
“TikTok Bukan Sekadar Tempat Hiburan”, Gadis Ini Ajar Mengaji Guna Medium Aplikasi Itu. Wow!
Betul ke boleh belajar mengaji dengan aplikasi TikTok ni?
Kalau dengar perkataan TikTok, pasti anda semua terbayangkan aplikasi atas talian yang memaparkan video-video yang ‘unik’ dan ‘pelik’.
Selain itu, video TikTok ini juga sering viral terutamanya dari kalangan mereka yang bergelar ‘selebriti TikTok’ membuatkan ramai yang mempunyai persepsi tersendiri mengenai aplikasi tersebut.
Tapi korang tahu tak sebenarnya TikTok ini banyak manfaatnya kalau digunakan dengan betul?
Kedengaran pelik tapi ia benar. Seorang gadis yang juga merupakan pelajar bidang Seni Bina dari University Taylor’s Subang Jaya Selangor menjadi perhatian apabila berkongsi video mengaji Al-Quran menerusi aplikasi itu.
Malam ni kita belajar ‘ك’ & ‘ق’
Antara perbezaan dua huruf ini adalah satu sifatnya tebal & satu nipis. pic.twitter.com/WUsHuI7Ld7
— Kamalia 🌙✨ (@pearlsintea) April 28, 2020
Menurut gadis ini melalui Mstar Online, disebabkan kita dibulan puasa dan ramai yang mengaji al-Quran menyebabkan beliau membuat video-video ini.
“Saya suka bercakap, So daripada bercakap kosong, lebih baik saya kongsi video yang bermanfaat”
Mesra dipanggil Kamilia, dia mengakui peka dengan persepsi kurang baik yang timbul mengenai video popular ini.
Namun katanya, ia bergantung kepada niat masing-masing dan sebenarnya mampu menyebarkan ilmu dalam cara yang lebih mudah.
Rata-rata warganet memberikan respon positif dan memberikan sokongan pada Kamilia kerana usahanya membuat video yang bermanfaat.
Alhamdulillah, moga lebih ramai mencontohi Kamilia dan membuat video yang bermanfaat buat semua. Kan lagi bagus di bulan mulia ini.
Sumber : Mstar Online, Twitter