
Pempengaruh dan pemilik jenama kecantikan popular, Athirah Kamaruzzaman atau Tyra berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi sulungnya, semalam 19 Januari 2025.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Tyra menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran, Tyra kelihatan tersenyum bahagia setelah selesai melahirkan bayi perempuan mereka.
Kami telah menyambut kehadiran malaikat kecil kami yang penuh keberkatan, Tyara binti Emran pada pagi 19 Januari 2025
Tyra dan Emran meluahkan rasa syukur atas kehadiran zuriat yang dikurniakan Allah SWT dalam hidup mereka.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Untuk rekod, Tyra dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman Pada majlis nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.
Sumber: Instagram Tyra Kamaruzzaman
BACA LAGI : Dengan Mas Kahwin RM1111, Tyra Kamaruzzaman Sah Bergelar Isteri Pereka Fesyen, Emran Rijal
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
7 Selebriti Wanita K-Pop Pendapatan Paling Tinggi Dan Terkaya Tahun 2021

Pernah tak korang terfikir berapa pendapatan ikon Kpop? K-Pop merupakan industri yang sangat besar bukan sahaja di Korea, malah beberapa selebriti mereka juga turut mendapat perhatian di seluruh dunia.
Dilaporkan dari South China Morning Post, ini adalah senarai idola wanita K-Pop terkaya pada tahun 2021.
Ha, korang tahu tak siapa idol wanita paling kaya di Korea?
Jom kita lihat..
7. BLACKPINK Lisa

BLACKPINK Lisa dilaporkan menjadi salah satu idola wanita K-Pop terkaya dengan bilangan peminat yang kuat di Thailand. Nama sebenar pemiliknya, Lalisa Manoban, telah menjadi bintang iklan penyedia AIS di negara asalnya.
Di luar aktiviti dengan BLACKPINK, Lisa juga aktif berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal, termasuk Adidas, Celine, dan Bulgari. Nilai bersihnya dilaporkan sekitar 10-14 juta dolar.
6. Yoona Girls’ Generation

Yoona telah bekerjasama dengan Girls ‘Generation sejak 14 tahun yang lalu. Dia juga terjun ke dunia lakonan dan ‘meletop’ dengan Kdrama The K2 dan Love Rain.
Dilaporkan Yoona tersenarai sebagai salah satu wanita K-Pop terkaya, Yoona mendapat julukan ‘CF Queen’ kerana banyak tawaran iklan. Nilai bersih pendapatan bekas kekasih Lee Seung Gi ini ialah sekitar 25 juta dolar.
5. Suzy

Seperti Yoona, Suzy adalah salah satu idola wanita K-Pop terkaya yang mencuba nasib dalam bidang lakonan. Selepas Miss A dibubarkan, Suzy semakin kerap dilihat di kaca televisyen, membintangi banyak kdaram dengan rating yang tinggi seprti Uncontrollably Fond, Vagabond, dan baru-baru ini Start Up. Berapa pula pendapatan bekas kekasih Lee Min Ho ini?
Dilaporkan Suzy memiliki pendapatan bersih sekitar 25 juta dolar. Fuh...
4. BoA

BoA mendapat jolokan ‘Queen of KPop’, setelah berada di industri hiburan selama dua dekad, dia juga telah mengeluarkan banyak album dalam pelbagai bahasa.
Di luar dunia nyanyian pula, BoA turut menjadi juri di beberapa rancangan televisyen seperti KPop Star dan Street Woman Fighter. Pendapatan BoA ini dianggarkan 25 juta dolar.
3 Sandara Park

Sandara Park dibesarkan di Filipina, dan turut memulakan karier di sana. Dia telah mengeluarkan album dan membuat penampilan sulungnya sebelum menjalani tempoh pelatih di YG Entertainment.
Setelah 2NE1 dibubarkan, Sandara Park menjadi ikon yang diinginkan di Filipina dan Korea Selatan. Dia turut menguruskan saluran YouTube TV DARA dengan 1.3 juta pelanggan. Nilai pendapatan bersihnya dianggarkan 30 juta dolar.
2. Lee Hyori

Lee Hyori telah berada di industri hiburan Korea selama 23 tahun. Salah seorang idola wanita K-Pop terkaya. Ahli kumpulan Fin.K.L ini juga terkenal dengan kecantikan semula jadi dan banyak tawaran iklan.
Pemilik nama samaran ‘Nation’s Fairy’ ini turut mempunyai siri tersendiri di Netflix, Hyori’s Bed and Breakfast. Nilai pendapatan bersih isteri kepada producer Lee Sang Soon ini dianggarkan bernilai 30-40 juta dolar.
- IU

Pada masa ini, IU memegang gelaran idola wanita K-Pop paling kaya. Bukan hanya sekadar pelakon, pemilik nama Lee Ji Eun ini memiliki banyak hak royalti dari menulis lagu untuk albumnya sendiri, artis lain, serta sejumlah filem dan drama Korea.
Wajah IU juga telah menghiasi banyak iklan di Korea Selatan antaranya Samsung, Sony Korea, dan Binggrae. Dia juga pernah membintangi sejumlah drama Korea dengan rating yang tinggi seperti Hotel del Luna dan My Mister. Nilai bersih pendapatan IU dianggarkan 31-45 juta dolar.
Cantik, popular dan kaya. Memang untung betul jadi mereka ini. Rasanya mesti ramai yang terkejut kan tengok pandapatan selebriti Korea Selatan ini. Hiks!
Pasangan Malaysia Hadapi Tuduhan Dera Di Norway, Suruh Anak Berpuasa Di Bulan Ramadan

Gara-gara keletihan akibat berpuasa selama 12 jam yang dijalani di Norway, pasangan suami isteri Hairi Muhamad dan isteri, Norliha Khamis berhadapan dengan tuduhan mendera anak-anak mereka.
Sejak Mei lepas, Hairi, 42, yang bertugas sebagai pakar kimpalan dan Norliha, 42, hilang hak penjagaan lima anak mereka berusia empat dan 16 tahun selepas disiasat pihak berkuasa susulan aduan seorang anak mereka yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Sebuah akhbar tempatan yang menemu bual adik Hairi, Hasrol, melaporkan pada awal Ramadan lepas, seorang daripada anak pasangan itu yang mungkin letih kerana berpuasa, ditegur gurunya dan memaklumkan dia tertekan kerana berpuasa waktu lama (melebihi 12 jam).
Hasrol berkata, guru itu mungkin berpendapat kanak-kanak terbabit didera dan membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak.
Laporan Free Malaysia Today (FMT) melaporkan, Kementerian Luar mengesahkan pasangan rakyat Malaysia, Hairi Muhamad dan Norliha Khamis, sedang menghadapi perbicaraan di Norway atas pertuduhan mendera anak mereka.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm, Sweden yang ditauliahkan serentak ke Norway, sedang memantau perkembangan kes itu.
“Kedutaan Malaysia juga telah menghubungi pasangan berkenaan dan memberikan bantuan khidmat konsular selaras peruntukan Konvensyen Vienna 1963.”
Katanya, pihak kedutaan juga sedang bekerjasama dengan agensi tempatan berkaitan bagi memastikan hak dan kebajikan keluarga itu dipelihara, termasuk memastikan anak mereka ditempatkan bersama keluarga Islam.
Wisma Putra berkata, ia turut mengarahkan pegawai Kedutaan Besar Malaysia hadir dan mengikuti prosiding perbicaraan kes itu pada 4 hingga 6 Nov ini.
Anak dijaga bukan keluarga Islam
Dalam pada itu, Harian Metro turut melaporkan, anak-anak pasangan ini kini dijaga oleh pasangan bukan Islam susulan dari kejadian ibu bapa mereka ditahan.
Dalam pada itu, adik kepada Hairi, Hasrol Muhammad, 33 bersyukur kerana pihak kerajaan membantu Along dan Kak Longnya dalam perbicaraan tersebut.Kami sekeluarga berharap Along dan Kak Long berjaya mendapat semula hak penjagaan anak-anak mereka,” kata Hasrol Muhamad, 33.
Adik kepada Hairi Muhamad, 42, itu berkata, sekiranya abang dan kakak iparnya, Norliha Khamis, 42, tidak berjaya dalam kes itu, mereka sekeluarga berharap kerajaan atau mana-mana pihak dapat membantu supaya semua anak pasangan itu dibawa pulang ke Malaysia.
“Kami sekeluarga akan jaga anak mereka. Kami hormat undang-undang negara lain tetapi, biarlah anak-anak Along dibawa pulang ke Malaysia dan tidak diletak di bawah jagaan keluarga bukan Islam di sana.
“Bukan saja Along dan Kak Long, kami semua di sini risau kerana di sana tidak ramai orang Islam, kami bimbang soal pemakanan anak-anak itu, apatah lagi soal ibadat mereka.
“Along beritahu anak-anaknya sebelum ini boleh berbahasa Melayu dengan baik, namun kini lebih banyak berkomunikasi dalam bahasa Norway berbanding bahasa Melayu,” katanya yang ditemui di Pasir Gudang.
Hairi yang bertugas sebagai pakar kimpalan manakala Norliha seorang suri rumah menetap di Stord, Norway, sejak lebih 10 tahun lalu.
Hasrol memuat naik kisah abangnya itu di Facebook (FB) Ahad lalu, bertujuan mendapatkan bantuan pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah dihadapi pasangan berkenaan.
Menurutnya, sejak kisah itu tular, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Luar Negeri memandang serius perkara berkenaan.
“Along beritahu, Kedutaan Malaysia juga sudah menghubunginya untuk memberi bantuan guaman bagi menggantikan peguam sedia ada dan mencari jalan terbaik untuk mengeluarkan anak-anak dari jagaan keluarga bukan Islam,” katanya.
Ditanya lanjut mengenai kejadian itu, Hasrol berkata, pada awal Ramadan lalu, seorang daripada anak Hairi yang mungkin letih kerana berpuasa ditegur gurunya.
“Seorang anak Along kelihatan muram di sekolah menarik perhatian gurunya. Apabila ditanya guru punca dia berkelakuan sedemikian, dia tidak jawab, jadi gurunya minta dia meluahkan perasaannya dalam kertas.
“Luahan hatinya itu yang menggambarkan dia berasa tertekan dengan kehidupan di rumah apabila dipaksa bersolat dan mengaji al-Quran, selain dihadkan daripada menggunakan media sosial.
“Selepas itulah siasatan bermula dan seterusnya semua anak Along diambil dari jagaan mereka,” katanya.
Hasrol berkata, ibu bapa mereka, Muhamad Ero, 66, dan Hasnah Sulong, 61, yang tinggal di Chaah, Segamat tidak putus berdoa dan solat hajat mendoakan kemenangan berpihak kepada Hairi dan Norliha.
“Mereka serah pada saya dan seorang kakak untuk membantu mencari penyelesaian terbaik dalam membantu Along dan Kak Long,” katanya.
Sumber : FMT & Harian Metro
Taman Tema Disney Pertama Dibuka Semula, Tiket Habis Dijual Dalam Masa Beberapa Minit

Taman tema antara yang menjadi tempat favorite pengunjung tatkala tiba waktu bercuti. Waktu inilah digunakan sebaik mungkin untuk ‘recharge’ kembali energi yang telah digunakan setelah penat belajar, mahu pun bekerja.
Namun, akibat bimbang dengan perkembangan serius wabak COVID-19 di China, taman tema terkenal dunia di sana iaitu Disneyland Shanghai ditutup lebih kurang 3 bulan . Keputusan untuk menutup operasi taman tema Disney berkenaan dibuat sebagai langkah bagi mengehadkan penularan virus berkenaan.
Tapi hari ini,Shanghai Disneyland dibuka semula operasi semula, sekali gus menunjukkan China hampir menuju ke arah kehidupan seperti sedia kala.
Ia merupakan taman tema Disney yang pertama untuk dibuka semula selepas negera-negara lain mengenakan sekatan.
Dilaporkan, tiket pada hari pertama pembukaan taman tema itu habis dijual dalam tempoh beberapa minit je pada Jumaat lalu. Wow hebatnya penangan Shanghai Disneyland ni!
Dimaklumkan taman tema ini hanya menerima pengunjung yang sudah membuat tempahan tiket awal, dan mengenakan kawalan ketat dengan melakukan pemeriksaan suhu badan di perkarangan pintu masuk serta dikehendaki menunjukkan kod respon pantas (QR) dikeluarkan kerajaan sebagai bukti tiada masalah kesihatan.
Langkah keselamatan tetap diutamakan apabila, pembesar suara di taman tema itu juga berulang kali mengingatkan pengunjung supaya memakai topeng muka sepanjang masa dan mematuhi penjarakan sosial termasuk ketika beratur sepanjang berada dalam taman tema popular.
Malah, kakitangan taman tema itu juga turut memegang papan tanda memberitahu pengunjung supaya sentiasa mematuhi penjarakan sosial antara satu sama lain manakala garisan kuning dan poster menunjukkan jarak yang sepatutnya berdiri ketika beratur turut disediakan.
Tidak semua kawasan di Disneyland Shanghai akan dibuka. Teater serta taman permainan kanak-kanak tetap akan ditutup, memandangkan tempat-tempat ini melibatkan interaksi yang kerap dan panjang. Para pengunjung juga perlu memakai penutup muka setiap masa kecuali sewaktu makan.
Sebelum ini, Shanghai Disney membuka semula pusat beli belah dan pusat hiburan Disneytown serta hotel pada Mac lalu, tetapi menutup taman tema sehingga semalam.
Sementara itu, China melaporkan 17 kes baru COVID-19 pada 10 Mei, naik sedikit berbanding sehari sebelumnya dan menandakan peningkatan tertinggi dalam masa sehari sejak 28 April.
Fuhh, harap tak ada la jangkitan baru melibatkan Shanghai Disneyland ni.
Sumber: BH