Ramai remaja beri alasan tidur lewat sebagai alasan tidak bangun untuk solat Subuh. Malah kebanyakan remaja gemar tidur meninggi hari dan kemudian berjaga hingga lewat malam sehingga menyukarkan bangun awal pagi untuk bersolat.
Berkongsi di pagenya,Ustaz Azhar Idrus dalam menjawap satu pertanyaan mengenai satu hadis yang menyebut, apakah hadis syaitan kencing dalam telinga orang tidur itu sahih? Apakah makna hadis tersebut?
Dalam menjawap pertanyaan itu, beliau memaklumkan hadith yang menceritakan syaitan kencing pada telinga orang yang sedang tidur itu adalah hadith sahih.
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. katanya :
ذُكِرَ عِنْدَ النبيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ رَجُلٌ، فقِيلَ: ما زَالَ نَائِمًا حتَّى أَصْبَحَ، ما قَامَ إلى الصَّلَاةِ، فَقالَ: بَالَ الشَّيْطَانُ في أُذُنِهِ
Artinya : “Disebut pada sisi Nabi saw tentang seorang yang tidur ia sampai ke subuh tidak bangun ia kepada sembahyang. Maka Nabi saw berkata : Syaitan telah kencing pada telinganya.” (Hadith riwayat Imam Bukhari)
Ulamak berbeda pendapat pada makna solat yang ditinggalkan dalam hadith ini.
Sebahagian ulamak berkata solat yang ditinggalkan dalam hadith ini ialah solat sunat malam dan dan sebahagian yang lain berkata solat fardu.
Berkata Syeikh Ali Al-Qari :
أَيْ: صَلَاةِ اللَّيْلِ ، أَوْ صَلَاةِ الصُّبْحِ
Artinya : “Yaitu solat sunat malam atau solat subuh.” (Kitab Mirqat Al-Mafatih)
Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar :
وَيُرَادُ بِهِ صَلَاةُ اللَّيْلِ أَوِ الْمَكْتُوبَةُ ، وَيُؤَيِّدُهُ رِوَايَةُ سُفْيَانَ : هَذَا عِنْدَنَا نَامَ عَنِ الْفَرِيضَة
Artinya : “Dan dikehendaki dengannya itu ialah solat sunat malam atau solat fardu. Dan menguatkannya oleh riwayat Sufyan. Ini disisi kami ialah tidur dari solat fardu.” (Kitab Fathul Baari)
Dan tersebut pada kitab Torhu At-Tasrib :
وذهب الطحاوي رحمه الله إلى أن المقصود النوم عن صلاة العشاء
Artinya : "Dan telah berjalan oleh Imam At-Thahawi kepada yang dimaksudkan ialah tidur dari solat isyak.”
Dan sebahagian ulamak berkata lelaki yang di kencing dalam telinganya oleh syaitan itu ialah kerana tidur sehingga tidak solat subuh kerana berdalil dengan hadith :
من نام عن الفريضة حتى أصبح فقد بال الشيطان في أذنه
Artinya : “Siapa yang tidur dari solat fardu sampai waktu pagi maka sungguhnya telah kencing oleh syaitan pada telinganya.” (Sahih Ibnu Hibban)
Setengah ulamak mengatakan perbuatan kencing pada hadith ini ialah makna haqiqi yaitu memang syaitan dari kalangan jin kencing dalam telinganya kerana tidak bangun menunaikn solat dari kerana tabiat syaitan itu makan dan minum dan berkahwin dan termasuk kecing berak.
Dan setengah ulamak mengatakan maksudnya ialah majazi yaitu kiasan dari sebab lalai seorang yang asyik dengan tidurnya dia diperdayakan oleh syaitan dengan hasutannya.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Jadi pada korang yang liat bangun Subuh tu, faham-fahamlah ya. Sebab tu telinga jadi tak dengar azan sebab penuh dengan kencing syaitan.