Ubat Antiviral Paxlovid Tiba Mac, ‘Penawar’ Baru Covid-19 Di Malaysia

Share

Para saintis mungkin tengah bertungkus lumus mencari penawar bagi COVID-19. Malah wabak yang telah mengakibatkan ribuaan kematian selain jutaan dijangkiti di seluruh dunia membuatkan semua pihak ternanti-nanti bilakah ianya akan berakhir.

“Penawar” terbaru bajal tiba di Malaysia tidak lama lagi, penawar yang penulis maksudkan ialah ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer untuk merawat Covid-19.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, beliau mengesahkan Malaysia akan menerima sebanyak 110,000 ubat antiviral Paxlovid ini.

Malah, perkara ini turut dikongsi oleh  Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di di laman Facebooknya. Menurut beliau, ubat tersebut disyorkan untuk rawatan pada orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen.

Walau bagaimanapun, Paxlovid tidak bertujuan digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi Covid-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Namun begitu, Anti-viral Paxlovid bukanlah bertujuan sebagai pengganti kepada vaksinasi COVID-19 dan pengganti kepada tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP untuk elakkan dijangkiti Covid-19.

Paxlovid mengandungi nirmatrelvir yang merencat protein SARS-CoV-2 & menghalang virus dari membiak. Ritonavir pula melewatkan process pemecahan nirmatrelvir & bantu mengekalkan kesan & kepekatan antiviral dlm tempoh lebih lama.

Paxlovid tidak diberikan berterusan untuk lebih 5 hari. Paxlovid diberikan segera selepas dikesan positif Covid-19 dan dalam tempoh masa 5 hari gejala bermula untuk keberkesanan optima. Paxlovid diberikan secara oral 3 biji ubat (2 biji nirmatrelvir & 1 biji ritonavir) utk dua kali sehari selama 5 hari; Jumlah keseluruhan 30 biji ubat).

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Kosmo & Facebook Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

 

 

Published by
Nana