REMAJA tidak mempunyai niat lain, hanya sekadar ingin berkongsi pendapat dan pandangan terhadap isu ini selain daripada mendidik remaja khususnya.
Berikutan daripada kes bunuh diri di kalangan remaja kian meningkat termasuk remaja di Malaysia, isu bintang kpop Goo Hara yang dahulunya popular dengan grup wanita KARA, dikhabarkan hampir membunuh dirinya akibat tekanan daripada pelbagai pihak.
Goo Hara yang berusia 28 tahun itu dijumpai oleh pengurus peribadinya sendiri dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya. Pengurus Hara bertindak serta-merta setelah menghidu niat wanita itu. Goo Hara ditemui pengsan di dalam bilik yang dipenuhi asap dan terus dibawa ke hospital berdekatan.
Hara sempat menyampaikan kata-kata terakhir di Instagram Story nya dengan kata-kata depresi yang diakhiri dengan ‘selamat tinggal’ Sabtu lalu. Bukan saja pengurus peribadinya, malah netizen juga dapat merasakan ada sesuatu tidak kena pada posting wanita itu. Rata-rata memberi kata-kata semangat kepada wanita itu agar tidak membuat keputusan melulu dan terus tabah dalam menghadapi dugaan.
Ads
Goo Hara sebelum ini mendapat perhatian netizen di Korea Selatan ekoran kes dera oleh bekas teman lelakinya sendiri. Malah penyanyi dan pelakon di bawah agensi Keyeast Entertainment itu mendapat kecaman bertubi-tubi daripada peminat apabila dia menjalani pembedahan plastik pada wajah.
Korea Selatan menduduki tangga ke-10 dan merupakan negara Asia pertama terkenal dengan kes bunuh diri. Hara bukanlah kes pertama kerana ramai selebriti terkenal negara tersebut melakukan percubaan membunuh diri malah ada antara mereka berjaya membunuh diri mereka sendiri.
Ads
Antara selebriti terkenal yang telah menarik nyawa mereka sendiri adalah Shinee Jonghyun dan pelakon drama Winter Sonata, Park Yong Ha.
Antara perkara yang menjadi punca ramai membuat keputusan untuk membunuh diri adalah media sosial yang membawa kepada penyakit depresi. Budaya di Korea Selatan tidaklah seindah wajah ahli kumpulan BTS ataupun Red Velvet. Kebanyakan selebriti hidup untuk memuaskan kehendak orang sekeliling mereka terutamanya peminat.
Ads
Sikap masyarakat yang mengagung-agungkan selebriti seperti tuhan dan menuding jari apabila mereka melakukan kesalahan dah jadi asam garam industri hiburan tak kira negara. Mereka terpaksa menjaga penampilan, menjaga tingkah laku agar dilihat sempurna di mata masyarakat. Perlu tahu, selebriti juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada silap meskipun peminat adalah sumber rezeki selebriti tersebut.
Dikhabarkan, ini kali kedua Hara mencuba untuk membunuh dirinya. Walau bagaimanapun, dia kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dalam proses pemulihan.
Apa yang REMAJA cuba sampaikan di sini, tak kira sebesar mana pun kesilapan seseorang itu, kita yang melihat perlu bantu mereka bukan terus mengecam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan termaktubnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula esok, mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya adakah kemungkinan majikan menolak gaji pekerja untuk sepanjang tempoh tersebut?
Menurut page Job Malaysia di Facebook, bagi mereka yang bergaji kurang dari RM2,000 atau buruh, majikan tidak boleh sama sekali menolak gaji pekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula dari 18 hingga 31 Mac nanti.
Ini seperti dicatatkan dalam Seksyen 24 Akta Kerja 1955 yang tidak membenarkan penolakan gaji. Jika ada majikan yang melakukan hal demikian, mereka akan disabitkan kesalahan dan boleh didenda sebanyak RM10,000.
Gambar hiasan
Untuk pengetahuan korang, penolakan gaji hanya boleh dibuat sekiranya;
1. Ada undang-undang khas yang memperuntukkan sedemikian
2. Ketua Pengarah Tenaga Kerja membenarkannya atas permohonan majikan
Akta Kerja 1955 hanya sah kepada pekerja yang memperoleh gaji kurang dari RM2,000 atau buruh tempatan atau asing.
Jika gaji korang melebihi RM2,000, perlu lihat kontrak pekerjaan masing-masing jika ada peruntukan sedemikian untuk menolak gaji semasa krisis, atau majikan akan berunding dengan korang untuk selamatkan perniagaan. Namun, mereka tidak boleh paksa korang jika tiada dalam kontrak.
Diharap penerangan ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan buat korang yang tertanya-tanya sama ada gaji akan ditolak atau tidak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Apa-apa pun, pastikan korang menjaga kebersihan diri dengan selalu mencuci tangan, pakai topeng muka serta gunakan sanitizer. Keep safe guys!
Pandemik Covid-19 sememangnya membuatkan ramai individu terkesan. Ramai yang hilang kerja akibat pengecilan operasi sekaligus hilang mata pencarian.
Inilah hakikat tahun 2020 yang tidak dapat dielakkan. Dalam kelam pandemik ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terbaru mengambil peluang menceburi perniagaan dengan menjadi rakan niaga kepada sebuah jenama makanan popular tempatan.
Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, Ahli Parlimen Muar itu memilih untuk membuka lembaran baru dengan menceburi bidang perniagaan francais dalam industri makanan dan minuman bersama Santan.
Beliau juga menyatakan hasrat untuk mewujudkan platform yang boleh membantu peluang pekerjaan khususnya buat anak muda pada masa akan datang.
Perniagaan Sendiri
Membuka perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi di musim Covid19 ini, namun menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, hidangan Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Ayam Uncle Chin yang sedap dan popular itu telah menarik beliau untuk memilih nama Santan.
Beliau turut menyatakan hasrat untuk membuka perniagaan sendiri sudah lama terpendam, namun belum berkesempatan untuk melakukan perkara tersebut.
Rata-rata diruang komen, netizen menzahirkan kata-kata positif di atas pembukaan perniagaan pertama beliau, dan mengucapkan tahniah dan berharap agar perniagaannya terus maju jaya.
Sumber: Facebook Syed Saddiq
Mungkin kalau korang rindukan makanan yang pernah dinikmati di dalam penerbangan AirAsia boleh la kunjungi restoran Santan Syed Saddiq ni. Weh…rindunya nak makan Lasi Lemak Pak Nasser! So Sedap!
Tak sampai sebulan selepas seorang bekas ahli kumpulan K-pop AOA mengeluarkan kenyataan berani dan mendakwa pernah menjadi mangsa buli kumpulan sendiri, kini dia kembali dengan dakwaan baharu.
But not without a drama, of course..
Posting terbaru Kwon Mina di Instagram telah mengejutkan peminatnya serta bekas majikan labelnya.
Dalam posting tersebut, Mina menyebut:
“Saya enggan ‘pergi’ dengan hati tidak tenang. Hiduplah dengan tenang Shin Jimin, Han Sung Ho dan Kim Seolhyun.
“Ibu, kakak dan keluarga saya tidak boleh berkata berkata banyak, mereka hanya akan bersedih walaupun ini bukan salah mereka.
“Tolong bertanggungjawab ke atas impak psikologi yang dialami mereka..,” catat Mina di Instagram
Secara pantas, peminat Mina terus menyerang Instagram Seolhyun dengan kecaman atas dakwaan tersebut.
Dalam laporan media di Korea Selatan, mereka berkata Mina telah dikejarkan ke hospital setelah dia memuat naik satu lagi foto yang menunjukkan lengan yang dicederakan olehnya sendiri.
Ternyata emosi dan keadaan mental Mina tidak stabil sehingga sanggup berbuat sedemikian
Satu lagi laporan bercerita mengenai dakwaan Mina terhadap bekas labelnya yang dikatakan tidak bersifat adil dalam isu bayaran dan dakwaan buli. Setelah cuba untuk mengubungi mereka, Mina mendakwa dia gagal untuk mendapatkan penjelasan.
.
Apa pendapat korang?
Adakah label grup AOA yang seharusnya bertanggungjawab atas segala kontroversi yang berlaku ini? Ataupun Mina seharusnya lebih matang dalam menyelesaikan isu emosinya?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...